Breaking News

Pengguna Dinasihati Menjauhi Product TABITA.

TABITA SKINCARE pernah dengar? Product neh memang tengah meletup2 di pasaran internet. Ramai yang pakai. Dan ramai yang dah jadi cantik lepas pakai product tersebut. Yang aku baca di blog dan wall rakan2 facebook la. 

Mereka cakap berlakunya perubahan drastik lepas menggunakan product tersebut. Mereka jadi lebih cantik. lebih putih, kulit lebih halus dan gebu. Pendek kata yang baik2 je la. Yang negatif memang tak pernah dengar lagi..

Pendek kata product tue memang product yang superb. Kalau ditanya pada mereka2 yang menggunakan ia la. Lelaki perempuan yang guna. Tidak terhad kepada perempuan aje oke. Aku pernah baca blog seorang lelaki yang guna + jual sekali product tersebut. Pun ada.

Hehe.

Tetapi ada pula berita tak sedap mengenai product tersebut.. 

 
BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam. Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.

Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna. Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.

Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul. Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.

Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita. Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.

HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka. Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.

"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian. "Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA.

Kenyataan dari pihak Singapura. Ada baiknya korang alert.. Cuma aku nak bagitau sikit la. Product TABITA neh pun ada yang cetak rompak. Tak pasti la ujikaji dijalankan ke atas product original ataupun cetak rompak tapi ber-ahti2 tak salah.. Check dulu kandungan bahan dan rujuk kepada yang pakar. Kalau perlu, tanya la kepada mereka2 yang berkaitan dalam ini untuk dapatkan nasihat. 

Rujukan : http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/nasihat-usah-guna-produk-kosmetik-tabita

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151645866907990&set=a.407105017989.205042.279290772989&type=1&ref=nf