Pas didakwa serang bilik gerakan Dr Nasir
Lakukan siasatan lanjut. Betul ke orang PAS yang buat kacau ataupun orang2 yang berlakon sebagai ahli/penyokong PAS.
Dan kepada mana2 ahli PAS yang rasa bendera mereka dicabut, elok report polis. Jangan serang markas/kem/bilik gerakan sapa2 pun. Tak kira la BN ataupun PR yang buat sekalipun. Direct je report polis weh. Benda neh biar polis siasat. Lue mengamok2 depan bilik gerakan orang bukan ada faedah pun. Lagipun bukti takde.
Bila difikir2 secara logik. PSM bertanding di Kota Damansara. Dr. Nasir neh sendiri di sokong oleh ramai2 geng2 ABU, geng2 DAP bahkan geng2 dalam PKR dan PAS sendiri pun sokong. Jadi apa logik PSM nak tanggalkan bendera PARTI PAS yang terang2an bersama mereka? Dah jadi tak logik.
Cuma segelintir dari PR je especially geng2 UG yang rasa diri dorang suci totok confirm syurga je perasan bagus dengan menyerang Dr. Nasir atas isu2 yang tak relevant. Dah macam totok BN dah aku tengok. Suka2 nak menilai dan menghukum akidah orang lain. Baik ko cermin diri ko dulu la.
Sorry. Terjujur plak i.
Hehe.
Baca bawah ;
Enam Petugas Bilik Gerakan Dun Kota Damansara di Seksyen 6, terkejut apabila didatangi tiga pemuda kira-kira jam 2.20 petang, semalam, yang menuduh mereka menanggalkan bendera Pas.
Bendahari Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM), A Sivarajan berkata, ketika kejadian, beliau bersama lima lagi petugas menyusun bahan kempen di bilik gerakan terbabit sebelum dua pemuda cuba meluru masuk dan seorang lagi berada di depan bilik gerakan.
Menurutnya, pemuda yang memakai kemeja T dan topi berlogo Pas terbabit meninggikan suara dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.
"Mereka menjerit mengulangi pertanyaan siapa yang menanggalkan bendera Pas di hadapan markas setelah saya jawab tidak tahu menahu mengenainya.
"Saya cakap mereka sepatut-nya membuat laporan kepada pihak berkuasa bukan datang ke sini menjerit dan menuduh kami. Tetapi mereka masih tetap tidak berpuas hati,” katanya.
Bagaimanapun, difahamkan ketika itu, calon PKR Dun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim tiada di tempat kejadian.
Dalam pada itu, Sivarajan berkata, pemuda terbabit tetap tidak berpuas hati dan sekali lagi cuba masuk ke dalam bilik gerakan namun berjaya dihalang.
Menurutnya, tiga pemuda berkenaan berdegil walaupun dinasihati meninggalkan bilik gerakan terbabit bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
"Mereka menjerit dan buat bising sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku demikian.
"Ada juga mereka minta nombor telefon Dr Nasir, tapi saya tidak berikan kerana bimbang kejadian bertambah buruk," katanya.
Difahamkan, Sivarajan terus menghubungi polis peronda sebaik kumpulan pemuda itu beredar sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara kerana khuatir perkara sama berulang.
“Saya harap polis memandang serius perkara ini kerana ini kali kedua mereka cuba mengganggu sedangkan kami tidak melakukan apa-apa.
"Sebelum ini ada cubaan menyerbu pejabat Dr Nasir di Seksyen 3, namun kami segera hubungi peronda,” katanya. -SH-