t>

Breaking News

Polis siasat kes buli pelajar

Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman sosial YouTube. Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube beberapa hari lalu. Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.

Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu. Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.

Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.  -UM-

Dah jadi kes polis. 

Tak kisah la budak neh kena denda ke hukum ke apa ke harap2 budak2 ini tidak tercicir dari pelajaran. Dari apa yang digambarkan budak2 neh cam anak2 orang kaya je. Kecik2 dah ada kamera DSLR.. hp apa seme.

Aku time sekolah pehhh haram nak ada hp. Nak ada kamera DSLR? Pun belum mampu lagi sekarang neh. Baru ber-usyar2 nak beli.. tahun depan plak tue perancangan aku. Nak simpan duit sikit2.

Dasat kan bebudak zaman sekarang. Haha..