t>

Breaking News

Polis tahan 3 pelajar sekolah menengah pukul rakan.


Dah kena tahan la budak2 tue. Umur budak2 tue muda lagi. Alahai baru 15 tahun.  15 tahun dah ada blackberry? Ada DSLR.. terlibat dengan gejala sosial.. dah ada awek apa seme?

Dasat betul budak2 zaman sekarang. Tatau nak rasa kagum ataupun takut. Kena buang sekolah pun boleh rilek2 lagi. Yang aku heran tue, mana pergi nya mak bapak budak2 neh? Takde apa2 respon pun.. dorang segan agaknya anak masing2 kena bash depan public kaw2. Betul gak tue..

Tapi harap2 sangat lepas neh bebudak neh akan disekolahkan balik. 15 tahun? Muda. Dan paling penting ada peluang untuk dibentuk dan ditarbiah..  


Polis menahan tiga pelajar sekolah menengah di Seberang Jaya, dekat sini yang sebelum ini dikenakan tindakan buang sekolah berhubung kes pukul seorang pelajar di sekolah yang sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata tiga pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Seberang Jaya di sini pada 11 malam tadi.
“Kita tahan mereka semalam untuk ambil keterangan bagi melengkapkan siasatan. Jika polis dapat melengkapkan keterangan hari ini kita akan bebaskan pelajar terbabit.
“Sekiranya masih belum cukup (keterangan), polis akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka, semua itu bergantung kepada hasil siasatan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya setakat ini polis telah merakamkan percakapan lapan orang termasuk mangsa, pelajar yang merakamkan video pergaduhan itu dan guru di sekolah berkenaan.
Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. -TMI-