t>

Breaking News

Warga Asing Ditahan Kerana Bergaduh Dengan Ahli Politik

Phewww..

6 lelaki ditahan. 3 dari mereka ialah warga asing. Warga asing neh ditahan kerana bergaduh dengan ahli politik.

Yang aku terfikir ;

1. Gaduh pasal apa?

2. Ahli politik dari parti mana?

Korang rasa tak apa yang aku rasa sekarang neh?

Hehe..

Baca neh ;

ENAM LELAKI DISYAKI BERGADUH DENGAN AHLI POLITIK DITAHAN

Ipoh, 29 April - Enam lelaki, termasuk tiga rakyat asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dengan seorang ahli politik dan tiga rakannya di Bidor, dekat sini semalam.

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 kontinjen polis Perak Supt Maszely Minhad berkata dalam kejadian 6.30 petang semalam, kereta yang dinaiki ahli politik berusia 32 itu, bersama rakannya dihalang sekumpulan lelaki yang menaiki dua kereta di depan sebuah bank di Bidor.

"Pengadu dan tiga rakanya yang ditumbuk oleh suspek membuat laporan polis di Balai Polis Tapah.

"Pasukan Khas Cantas yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menahan tiga lelaki tempatan, dua Sri Lanka dan seorang India berusia 20 hingga 60 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.  - BERNAMA