t>

Breaking News

Lucut Kewarganegaraan Anwar Sebelum Negara Jatuh Ke Kancah Huru Hara – Fairus


Cadangan nya bawa satu usul ke parlimen. Usul tersebut ialah usul untuk lucutkan kewarganegaraan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Negara, Anwar Ibrahim.
Kata DS Fairuz [err ada gelaran DS eh?] Anwar Ibrahim telah menimbulkan suasana huru hara sebab tue kewarganegaraan dia perlu dilucutkan dan ahli parlimen perlu bersegera membincangkan hal tersebut bagi mengekalkan keharmonian negara..
Err...?
Lucut warganegara? Yang merompak juta2 pun steady je jadi warganegara.
Hehe..
Baca bawah ;     

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato Seri Fairuz Khairuddin mencadangkan agar satu usul bagi melucutkan taraf  kewarganegaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibentangkan di Parlimen sekiranya beliau terus bertindak melanggar undang-undang serta membuat provokasi dan hasutan terhadap rakyat bagi mencetuskan keadaan huru hara di negara ini.
Menurut beliau, ahli Parlimen perlu berani membawa dan membentangkan usul tersebut memandangkan hari ini, tindak tanduk Anwar dilihat sebagai satu ancaman yang amat serius kepada keselamatan negara dan secara jelas melanggar undang-undang yang termaktub di negara ini.
“Jika Anwar secara terus-terusan cuba menghasut rakyat untuk melanggar dan mencabul kedaulatan undang-undang negara yang implikasinya akan mencetuskan huru hara di negara ini, usul bagi melucutkan kewarganegaraan beliau di parlimen perlu dilakukan.
“Ini untuk memastikan agar keselamatan, keharmonian dan keamanan negara terus terpelihara dan saya yakin beliau  tidak akan berhenti daripada terus  cuba menghasut rakyat untuk mencetuskan rusuhan dan huru hara di negara ini,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Sikap  Anwar yang cuba untuk mencetuskan huru hara ini menurutnya lagi merupakan satu manfestasi kehampaan beliau apabila usahanya untuk menawan Putrajaya pada PRU yang ke 13 ini gagal.
“Dan hari ini Anwar menggunakan rakyat sebagai boneka bagi meluahkan kekecewaan beliau dengan menghasut serta mengajak rakyat untuk turun protes di jalanan yang sekiranya perkara ini tidak dibendung, ia boleh mengganggu gugat keamanan negara serta mencetuskan rusuhan yang pastinya akan mendatangkan kerugian kepada negara dari pelbagai sudut,” ujarnya.
Tambahnya lagi, rakyat harus sedar bahawa apa yang dilakukan oleh Anwar ini amat merbahaya kerana apa yang diperjuangkan sebenarnya adalah isu-isu kebebasan plurisme agama, seks bebas, kesamarataan agama, LBGT dan hanya menjadikan isu ketidakadilan pilihanraya sebagai topeng bagi menutupi agenda sebenar beliau.
“Bagi individu yang hipokrit dan munafik seperti Anwar, beliau akan mempergunakan isu-isu semasa bagi menutupi agenda sebenar perjuangan politiknya. Apa yang cuba dibawa oleh Anwar dalam negara amat berkait rapat dengan agenda plurisme dan liberalisme yang dikutipnya dari pemikiran barat.
“Isu-isu yang cuba diputar belitkan oleh beliau tentang PRU adalah isu bodoh semata-mata di mana ianya hanya satu fitnah dan tidak wujud perkara seperti yang digembar gemburkan oleh beliau. Beliau juga menggunakan isu perkauman yang menyebabkan kini sebahagian besar dari kaum Cina terpedaya dengan dakyah beliau,” katanya.
Beliau seterusnya menyeru rakyat agar menolak dan menentang habis-habisan segala agenda politik Anwar yang dilakukan demi kepentingan peribadinya tanpa memikirkan nasib rakyat dan negara.
“Saya yakin, Anwar tidak akan berhenti selagi cita-citanya untuk menjadi PM tidak tercapai. Beliau sanggup untuk menjadikan  negara huru hara asalnya matlamatnya untuk menjadi PM tercapai.
“ Jadi kita sebagai rakyat, apakah kita mahu membiarkan saja individu seperti ini bergerak bebas untuk menghuru harakan negara dan melanggar undang-undang dengan sesuka hatinya?,” soalnya. -MediaUMNO