t>

Breaking News

Utusan Malaysia buat laporan polis.


Utusan Malaysia membuat laporan polis berhubung penyiaran satu artikel di dalam laman blog dan Facebook Isu Politik Semasa yang memanipulasi masthead akhbar tersebut untuk menyebarkan berita palsu yang dipercayai bertujuan memburukkan imej dan kredibiliti akhbar itu.

Artikel palsu bertajuk Perhimpunan PKR gagal, impian Anwar tinggal kenangan. Hanya 2000 orang! tersebut dipercayai merujuk perhimpunan pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya Rabu lalu.

Menurut wartawan Utusan Malaysia, Angelina Sinyang, beliau dan rakannya membuat laporan itu bertujuan meminta polis menyiasat individu bertanggungjawab menyebarkan artikel palsu berkenaan yang kononnya ditulis oleh wartawan akhbar Utusan Malaysia.

"Laporan itu telah dikesan tersebar di internet sejak petang semalam oleh beberapa wartawan Utusan Malaysia. "Laporan sebenar yang disiarkan oleh akhbar kami adalah berbeza sama sekali malah, berita itu juga tidak diletakkan di muka hadapan akhbar seperti yang didakwa.

"Pihak yang tidak bertanggungjawab jelas telah menggunakan teknik suntingan untuk menukar tajuk muka hadapan akhbar kami bertujuan menghasut orang ramai untuk memboikot Utusan Malaysia," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Brickfields pukul 3.15 petang di sini.

Sementara itu, laporan sama turut dibuat di Balai Polis Seremban yang lakukan oleh Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia, Suffian Abu Bakar, petang ini. Angelina seterusnya berkata, individu tersebut turut menghina dan mencaci kesemua wartawan Utusan Malaysia dengan kata-kata kesat.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat pengendali laman blog berkenaan secepat mungkin bagi mengelak orang ramai terus termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130512/je_04/IUtusan-MalaysiaI-buat-laporan-polis#ixzz2TEXFWIh2 


Utusan dah insaf agaknya. Mereka dah pandai berkira2 dengan betul, sebab tue marah sangat orang troll dalam artikel di atas. Nampaknya selepas neh Utusan hanya suka menjaja berita2 yang benar je kan?

Hehe.