t>

Breaking News

Polis Singapura beri amaran kepada 21 rakyat Malaysia.

Mak ai.

Garangnya.

Bukan lakukan keganasan jauh sekali melakukan kerosakkan. Berhimpun dan berkumpul je pun nak amek tindakan ka? Dasar kuku besi. Konon tak berpihak kepada mana2 parti politik. So adakah berkumpul tue sebenarnya menyalahi undang2 di negara tersebut?

Tak faham aku.

Takan berhimpun aman pun menyalahi akta dan undang2 negara itu? Demokrasi ka? Ini kuku besi neh.

Pui. 

Baca bawah neh sat :

Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberi amaran bersyarat kepada kesemua 21 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu. Ini berikutan amaran bersyarat telah diberi kepada sembilan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di lokasi sama pada 8 Mei.

SPF berkata pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan haram pada 8 Mei dan 11 Mei. Selain itu, SPF berkata pihak berkuasa telah membatalkan pas lawatan dua daripada mereka.

Bagi baki 18 individu lagi, SPF berkata pas kerja mereka akan disemak semula sebaik sahaja siasatan lanjut selesai. Polis menegaskan Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain, dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.

Katanya warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang Singapura dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal mereka ke Singapura. SPF berkata ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA