t>

Breaking News

Saiful Bukhari Bakal Kahwini Personaliti TV3.

Itu la yang dilaporkan oleh Utusan Online sebentar tadi. Tahniah di ucapkan. Elokla berkahwin dan tutup terus citer liwat neh. Tak malu ke kalau dah kahwin nanti ada anak2, anak2 pula baca paper asyik citer isu bapa kena liwat tak habis2 tah dari zaman bila yang di heret bertahun2.

Itu pun kalau hanya anak2 je berkata2. Bagaimana pula kalau anak2 tu bersekolah dan berkawan? Apa pula agaknya reaksi kawan2 dia ek?

So andai benar Saiful bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat neh dinasihatkan juga agar Saiful terus tutup buku isu liwat. Majoriti menganggap ia fitnah. Kita ikut kes mahkamah. Mahkamah pun bebaskan Anwar. Sudah tiba masanya untuk Saiful tarik diri dalam dunia politik. Yang sudah tue, sudah la.

Apa pun tahniah dari aku. Semoga dia berbahagia. Dan lepas neh duduk la diam2. Buat hal sendiri. Jangan menyibuk dalam dunia politik melainkan dia jaja fakta bukannya jaja citer seks ke skandal liwat ke apa jadah.

Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menamatkan zaman bujangnya pada 25 Mei ini.

Menurut sumber, perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman itu akan dilangsungkan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Pada 2008, Mohd. Saiful Bukhari telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Dia kemudian mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.

Manakala Nik Suryani pula adalah wartawan TV3 yang pernah diherdik oleh Anwar dalam satu sidang akhbar pada April 2011 gara-gara bertanyakan soalan berhubung jam Omega milik pemimpin pembangkang itu.

Laporan mengenai perkahwinan Mohd. Saiful Bukhari dan Nik Suryani itu disiarkan di laman blog Empayar Pemuda petang ini.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi oleh Mohd. Bukhari mahupun Nik Suryani mengenai perkahwinan mereka