t>

Breaking News

Amaran Untuk Pembangkang : Lucut Hak Wakil Rakyat Jika Gagal Hadir Angkat Sumpah!


Speaker tidak akan bertolak langsung. Datang ke parlimen untuk angkat sumpah pada tarikh yang ditetapkan ataupun get lost forever sebagai ahli parlimen.

Speaker juga menegaskan dia tidak akan menghadiri tarikh lain dari tarikh angkat sumpah yang telah ditetapkan. Angkat sumpah dikatakan tidak sah tanpa kehadiran speaker dewan parlimen.

Fuyoooooooo

Baca bawah neh  ;
Mana-mana Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini tanpa alasan munasabah dan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh itu boleh dilucut atau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia merujuk sikap pembangkang khususnya wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbang memboikot majlis angkat sumpah tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menyifatkan tindakan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah dengan sengaja itu sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Parlimen dan semua institusi berkenaan, Pandikar Amin berkata, Parlimen juga akan menentukan tindakan lain bersabit kesalahan tersebut.

"Jika tidak datang hari pertama, bukankah itu satu penghinaan kepada sistem Parlimen. Mengapa pula mahu angkat sumpah hari lain? Kalau buat begitu, saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat juga boleh memboikot hari mereka mahu angkat sumpah. Mungkin Timbalan-timbalan saya juga akan boikot sama.

"Sewenang-wenang mahu angkat sumpah hari berbeza, apa guna kita ada sistem kalau tidak dipatuhi? Apakah Yang Dipertua kena menyediakan masa khas untuk mereka angkat sumpah? Peraturan mesyuarat mana itu? Janganlah semuanya mahu dipolitikkan. Nasihat saya, semua Ahli Parlimen harus angkat sumpah pada hari pertama sidang berdasarkan Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, Majlis Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertimbang memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut Pandikar Amin, kegagalan mengangkat sumpah di Dewan Rakyat menyebabkan seseorang Ahli Parlimen tidak dibenarkan menyertai atau mengambil bahagian dalam sidang dewan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130612/dn_01/Dilucut-kelayakan-wakil-rakyat#ixzz2Vyrx7OeV