BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14 [Wajib Baca]
Tulisan Terbuka
12 Jun 2013
BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14
Masih
teringat kelazatan minuman B10 di kafe strawberry minggu lalu dan masih
juga terngiang-ngiang gelak bahak Abg Mat ketika itu menjamah beberapa
cucuk satay dan cendawan goreng. Beliau tidak dapat sembunyikan perasaan
lucu apabila mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan satu post mortem mengengai pilihanraya.
Saya
bertanya, apakah sudah terlalu lewat untuk kaji selidik dan bedah
siasat bagi PRU-13? Lalu Abang Mat menjawab, post mortem yang akan
dibentangkan itu bukanlah untuk PRU-13 tetapi untuk PRU-14, bedah siasat
yang menunjukkan bagaimana gerakan hebat reformasi 1998 yang digemakan
semula pada tsunami 2008 akan berkubur pada 2018 di medan PRU-14. Seraya
itu Abg Mat menyambung gelak bahaknya hah hah hah!
Memang
seram bila memikirkan perihal yang disebut oleh Abg Mat, tetapi lebih
seram bila ada pihak yang minta supaya rakyat jangan gopoh dan terus
bersabar. Mujurlah pihak yang redho menerima kekalahan PRU-13 seadanya
sangat minima. Selebihnya majoriti besar rakyat mahukan sesuatu
dilakukan dengan berani. Rakyat berani turun jalanraya pada 22 Jun nanti
manakala Ahli Parlimen yang berani pula bersatu memulaukan majlis
angkat sumpah pada 24 Jun 2013 dan bersama dengan rakyat di luar pintu
parlimen pada hari tersebut.
Keberanian
dari pihak rakyat dan pihak pemimpin khususnya ahli parlimen harus
ditonjolkan secara maksima. Semua pihak wajib bangkit dan lawan penipuan
yang sudah berlaku pada PRU-13 dan terus berlaku bagi mengekalkan
kerajaan legasi penjajah. SPR harus segera letak jawatan dan jangan
sesekali mimpikan aksi persempadanan semula.
Hari
ini terbaca dari dinding muka buku seorang sahabat yang melahirkan
kekhuatiran akan berlaku satu gabungan baru kerajaan perpaduang di
antara Umno dan PAS, dengan helah supaya BN mempunyai majoriti dua per
tiga. Namun saya menyanggah dengan beberapa fakta di atas pengetahuan
serba sedikit yang diiktiraf di meja kafe strawberry. Saya bukan
menyanggah hasrat PAS yang nak bergabung dengan Umno kerana bagi saya ia
tidak logik selagi TG Nik Aziz hidup, tetapi saya menyanggah perkara
lain.
Persempadanan
semula boleh berlaku walaupun tanpa majoriti dua per tiga parlimen,
yang juga bermakna ia boleh berlaku tanpa gabungan Umno dan PAS. Hanya
persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi parlimen sahaja
yang memerlukan persetujuan 148 ahli parlimen yang mana BN hanya ada 133
sahaja, tidak cukup. Tetapi untuk Barisan Nasional menang bergaya pada
PRU-14 dengan memperolehi semula majoriti dua per tiga tidak memerlukan
sokongan dua per tiga parlimen hari ini.
Persempadanan
semula tanpa pertambahan kerusi parlimen yang mana diperuntukkan boleh
berlaku selepas cukup 11 tahun dari persempadanan semula yang lalu,
iaitu tahun 2003. Ini bermakna persempadanan semula yang seterusnya
ialah pada tahun 2014. Sekarang bab paling penting - Bagaimana Barisan
Nasional menang PRU-14 dengan persempadanan semua yang dibenarkan ini?
Mudah!
Hanya gunakan SPR. Sempadan boleh dialihkan mengikut telunjuk bagi
memastikan BN menang. Contohnya di Shah Alam, Khalid Samad menang besar
di kawasan sempadan Klang maka dialihkan sempadan supaya majoriti
Charles Santiago menjadi 35 ribu pada PRU14 berbanding 24 ribu pada
PRU13. Kesannya, Khalid Samad akan tumbang pada PRU-14 dengan 5 ribu
undi majoriti. Ini natijah persempadanan semula.
Contoh
kedua ialah Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah punyai majoriti hampir 2
ribu, menang banyak di kawasan Sentosa dan Brickfield. Persempadanan
semula tahun 2014 menyaksikan Sentosa dan Brickfield masuk ke Parlimen
Seputeh. Maka akhirnya kita ucap tahniah kepada Teresa Kok kerana
mempunyai majoriti terbesar iaitu 65 ribu majoriti manakala Nurul Izzah
di Lembah Pantai akan tewas dengan majoriti hampir 10 ribu.
Situasi
seperti ini boleh berlaku di lebih 30 kerusi Parlimen. Akhirnya Barisan
Nasional akan perolehi semula majoriti dua pertiga di atas usaha keras
transformer si Najib Razak, iaitu SPR. Persempadanan semula ini juga
bakal menyaksikan BN hanya perlu 30% undi popular untuk terus memerintah
negara ini.
Maka
selamat tinggal Reformasi 1999 dan selamat tinggal juga Tsunami 2008
sekiranya kita hari ini di tahun 2013 yang mengalami #Black505 tidak
bangkit memastikan SPR dihumban dan demokrasi kembali ditegakkan. Kalau
terus sabar ketika ibu pertiwi dirogol, maka teruslah menjadi bangsa
yang dayus.
Akhir
sekali saya simpulkan, inilah antara faktor mengapa SAMM dan penggerak
massa yang lain bertekad untuk lawan penipuan PRU13 habis-habisan, bukan
soal PRU14 tetapi PRU13. Kami juga menuntut Ahli Parlimen yang dipilih
oleh 51% rakyat supaya menjalankan peranan pelindung rakyat dengan
berani dengan tidak mengangkat sumpah pada tarikh 24 Jun 2013, hari lain
angkatlah.
Ohh
lupa nak maklumkan pasal minuman B10 tadi, ia satu minuman yang cukup
eksotik - Minuman shake buah markisa. Boleh pesan di kafe strawberry
dengan menulis nombor B10 di ruangan minuman. Terima kasih kepada Abang
Mat kerana belanja kami minum dan makan satay, terima kasih juga di atas
ilham yang dikongsi.
Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)