t>

Breaking News

Anwar Perbodohkan Rakyat Lapor Utusan..


Dari semalam media online pro BN dah melakukan serangan sindiran berskala besar kepada penyokong2 pakatan rakyat apabila ahli2 parlimen pakatan rakyat sepakat mengangkat sumpah dan tidak mempedulikan permintaan para aktivis yang meminta agar ahli2 parlimen memboikot upacara angkat sumpah.

Pendapat mereka ;

1. Boikot angkat sumpah, angkat sumpah pada hari lain.

2. Boikot angkat sumpah, sebab SPR menipu.

3. Boikot angkat sumpah, untuk menunjukkan ketegasan dan kekonsistenan yang bahawa kita mempercayai SPR melakukan penipuan [wujud tatakerja yang salah] ketika sepanjang proses PRU.

Antara isu yang dipersoalkan terhadap SPR ialah ;

1. Dakwat kekal.
2. Jumlah undi yang bercanggah.
3. Beberapa perlakuan yang mencurigakan sepanjang proses pilihanraya umum pada 5 mei.

Jadi apa yang diharapkan oleh mereka ialah bukan meminta ahli2 parlimen jangan masuk parlimen terus. Sebaliknya lakukan tindakan boikot sehari untuk berikan tekanan kepada SPR.

Itu pendapat mereka la. Mereka percaya ia akan memberikan impak tertentu. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seruan untuk boikot tidak diendahkan oleh pemimpin2 pembangkang. Bahkan yang lebih teruk situasi tersebut telah diperlekehkan oleh penyokong2 BN dan PR bila mana sesama mereka melakukan serangan ejekan terhadap aktivis2 yang berkumpul di hadapan parlimen semalam.

BN mengejek dan mempersendakan aktivis2 itu sebagai bodoh. Berhimpun beria2, kena bantai, kena tahan, kena pijak, sampai patah kaki dan muka lebam, MP2 PR pula syok2 bergelak tawa dalam parlimen macam takde hapa.

PR pula memperkecilkan usaha2 yang dibuat oleh anak muda neh sebagai gopoh, tak berfikir panjang, tidak matang, tidak faham situasi, tidak tahu cara berjuang yang betul, suka ikut rasa marah, keras dan tiada matlamat dan strategi yang jelas.

Ini bermaksud para aktivis2 yang berkumpul neh telah diserang dalam serangan berskala besar. Dengan BN pun ko kena lanyak, dengan PR pun ko kena bambu, dengan polis pun ko kena belasah, dengan media pun ko kena tikam.

[PR dan BN dalam konteks ayat di atas merujuk kepada penyokong masing2]

Lihat saja sebahagian laporan Utusan kat bawah neh hah ;

Ternyata, peserta-peserta berkenaan yang ada antara mereka 'berkampung' di dalam khemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Segala susah-payah mereka dalam perjuangan sia-sia itu tidak membawa apa-apa makna kerana Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang tetap mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Kalau benarlah pemimpin pembangkang mendakwa pilihan raya umum lalu penuh kepincangan dan penipuan, kenapakah mereka mahu mengiktiraf keputusan yang berpihak kepada mereka tetapi menolak kemenangan yang menyebelahi BN?

Sepatutnya sama ada perhimpunan haram atau keganasan di hadapan bangunan Parlimen tersebut tidak akan berlaku, jika Anwar berjiwa besar untuk menasihatkan penyokong-penyokong supaya menghormati proses melakukan bantahan iaitu melalui petisyen kepada mahkamah. Namun malangnya, Anwar tidak berbuat demikian, beliau seolah-olah bangga apabila ramai anak muda yang terpengaruh dengan dakyah beliau khususnya kelompok yang bergabung dalam Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dengan jumlah kehadiran di Padang Merbok tidak mencapai sasaran pakatan pembangkang, ia sepatutnya memberikan kesedaran kepada Anwar bahawa perjuangan beliau melakukan politik jalanan tidak akan berhasil. Mana mungkin kalau setakat 200 orang yang berkumpul di hadapan Bangunan Parlimen akan mampu melunturkan semangat perjuangan pegawai-pegawai SPR.

Bagaimanapun, apa yang kita saksikan, Anwar terus memberi galakan kepada kumpulan berkenaan untuk melakukan bantahan. Ketika kelompok itu menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga menunjukkan kebodohan mereka dengan tidur dalam keadaan berjerebu, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain selesa berada di kediaman masing-masing membuat persiapan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Cukup la tue.

Makin dibaca makin menyampah aku dibuatnya. Berita neh sebenarnya panjang tapi aku petik beberapa point jek. Memang dari segi olahan ayat tak nampak macam berita pun. Tapi memang ini la yang utusan update.

Rujuk sendiri disini ==>  http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130625/po_02/Anwar-angkat-sumpah-penyokong-berbaring-di-jalan-raya

Pendapat aku insiden neh sebenarnya telah berjaya mencetuskan sesuatu. Bagi aku sudah tiba masanya untuk masing2 kembali berkumpul dan membincangkan di mana salah dan silap hala tuju kita neh sehingga masing2 semakin berpecah dan jauh antara satu sama lain.

Fikirkan oke.