t>

Breaking News

Anak Datuk Bebas Tuduhan Bunuh, Bapa Mangsa Cuba Bunuh Diri..

Agak kontroversi gak kes neh. Mendapat liputan meluas di media massa sebab ;

1. Suspect dulu pernah ditahan oleh polis kerana ada bukti2 yang mengatakan dia pembunuh kepada seorang wanita muda berbangsa cina yang dirogol sebelum di bunuh secara kejam..

2. Then di ikat jamin..

3. Kemudian dia larikan diri ke luar negara.

4. Awal tahun neh dia pulang..

5. Kes sambung semula seperti biasa.. dibicarakan. Tapi dibebaskan dari pertuduhan pada pagi semalam [25/6/2013].



Sejurus selepas hakim membacakan keputusan, bapa mangsa dilihat sangat kecewa dan tiba2 nak terjun dari bangunan dua tingkat sebelum wartawan yang berada berhampiran cuba menghalang tindakan tersebut.

Untuk rekod, ini kes 7 tahun yang lepas.

Kalau betul la dia membunuh wanita di atas, memang la takde keadilan langsung untuk keluarga mangsa. Tapi kalau betul dia tak betul, PDRM kena berusaha lebih keras lagi untuk mencari siapakah pembunuh sebenar. Jangan biarkan kes jadi macam neh. Yang mati confirm mati dah. Yang hidup confirm berdendam. Yang bunuh? Takan nak biarkan lepas?

Meskipun bukti2 di lokasi dah hilang akibat masa tetapi bukti2 yang ada dalam tangan PDRM boleh dianalisa semula..

Jangan biarkan rakyat Malaysia teraniaya macam neh.. kita mahu setiap kes pembunuhan diselesaikan sehingga ke akhirnya..

Sekian.

Rujuk berita berkaitan : http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/381421-anak-datuk-bebas-tuduhan-bunuh.html