t>

Breaking News

Harun Taib Tak Layan Wartawan Utusan.


Isu himpunan  15 June.

Ini respon dari Harun Taib. 

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu seluruh pimpinan parti itu turut serta dalam perhimpunan pembangkang 15 Jun ini.

Katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu dan tidak mahu membuat sebarang ulasan. "Saya tak tahu pun. Jadi, saya malas nak komen panjang-panjang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Dan bila Utusan provoke Harun Taib lagi pasal perbezaan pendapat antara dia dengan Mat Sabu, jawab UHT ;

Mengulas mengenai perbezaan pendirian itu, Harun sekadar menegaskan, menyertai perhimpunan bagi penyokong dan pemimpin Pas adalah perkara biasa. "Kita memang 'sokmo' (selalu) pergi himpunan. Pergi dengar ceramah dan sebagainya. Biasalah," katanya.

Pendapat aku alangkah bagusnya jawapan yang diberikan. Aku setuju. Meskipun selepas neh Harun Taib dan PAS bakal menerima persepsi2 negatif daripada penyokong2 BN sebab apa?

1. Cakap tak serupa bikin. Kejap cakap macam neh, kejap cakap macam tue. Cakap2 yang mengelirukan orang jek.

2. Kena buli dengan Mat Sabu dan PKR.

Takpela.

Persepsi negatif tue kita take note. Apa yang penting kita melihat tindakan Harun Taib neh tepat sebagai langkah untuk tidak memanjangkan lagi perbezaan mereka di hadapan media bagi mengelakkan salah faham yang lebih parah. Good.