t>

Breaking News

Pakatan Rakyat Tolak PSM, Karpal Singh Terkejut.

Terkejut lah pulak.

Dalam beberapa minggu terakhir neh PSM dikesan bertelagah dengan PKR dan PAS atas pelbagai isu yang berbeza2. Ada juga yang PAS dan PKR bertelagah sesama sendiri atas isu kerusi yang PSM patut pertandingkan.

Ada juga kes di mana kumpulan2 tertentu dalam PKR meminta agar DAP sengaja mencari pasal dengan PSM.

Perkara di atas juga terpakai kat parti2 berbeza dalam Pakatan Rakyat. Lue sendiri pandai2 la hadam dan faham citer di sebalik tabir. Sapa yang buat, pandai2 la dia terasa. Oke.

Pendapat aku Saifuddin takan keluarkan statement membuta tuli. Mungkin Karpal ketinggalan. Ataupun mungkin Saifuddin memang tak berbincang dengan Karpal. Bagi aku ada baiknya PSM tak berkeras join PR. 

PSM boleh jadi parti ketiga, bersama2 ABU, luaskan pengaruh dan kuasa dengan mengerakkan kerja2 kempen underground.

Tak payah la terhegeh2 nak masuk pakatan yang tak hingin kat ko. Pandai2 korang cari dan bentuk strategi tersendiri untuk meluaskan pengaruh sendiri. Daripada bersatu dengan orang yang tuduh2 korang takde agama apa seme, better korang gerak sendiri sudah. Ahti pun tak sakit.

Hehe.

Pengerusi DAP, Karpal Singh melahirkan rasa terkejutnya berhubung kenyataan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai Pakatan Rakyat telah ditolak. Karpal berkata setakat ini tidak ada kenyataan rasmi oleh Pakatan berhubung keputusan mengenai permohonan PSM untuk menyertai parti itu.
 
"Pada pendapat saya, permohonan PSM perlu diberi pertimbangan yang wajar.
 
"Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum baru-baru ini, menunjukkan PSM menganggap PKR sebagai sekutu mereka," katanya pada sidang media di kedai kopi berhampiran dengan Pasar Air Itam dekat sini pada Sabtu.
 
Pada Jumaat, dilaporkan permohonan PSM untuk menyertai gabungan Pakatan Rakyat telah ditolak oleh parti komponen berkenaan.
 
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PAS, PKR dan DAP telah bertemu sebelum pilihan raya untuk membincangkan mengenai permohonan PSM.
 
Saifuddin mendakwa isu berkenaan telah dibincangkan sebelum pilihan raya dan keputusan yang diputuskan adalah negatif.
 
Ketika ditanya sebab keputusan tersebut dibuat demikian, Saifuddin enggan mengulas.