t>

Breaking News

INDIVIDU TERLIBAT HINA AGONG DIMINTA SERAH DIRI.


Lainkali kalau nak citer pasal Agong, jangan gunakan bahasa elok2. Bahasa sinis2. Bahasa perli2. Korang kena gunakan perkataan seperti yang orang umno gunakan suatu ketika dulu. Iaitu mengatakan Agong = Sultan Terengganu = Natang = Binatang.

Kalau boleh jangan citer pasal Agong di laman sosial. Salah. Kalau protes, demo, dan buat banner menghina takde masalah oke. Contohi la UMNO dan konco2 mereka.

Hahaha

Kuala Lumpur, 7 Jun - Polis meminta individu yang membuat kenyataan berunsur menghina titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial, tampil menyerah diri bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati berbuat demikian. 

"Ini bukan budaya rakyat Malaysia. Guna perkataan yang tidak baik untuk menghina...polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang cuba biadab terhadap raja-raja Melayu mahupun pemimpin. Polis akan ambil tindakan sewajarnya," katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di antara Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin selaku penyandang kepada Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah. 

Khalid berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalah guna kebebasan media sosial untuk menghina institusi raja dan juga pemimpin.

Selasa lepas, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu itu dan wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA