t>

Breaking News

Kes Hina Agong - Dua Individu Serah Diri.

Berani.

Aku salute. Dorang berani ke balai polis untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan. Dorang bukan jenis tembak dan lari macam sesetengah orang tue. Itu pun tembak2 fitnah. Tembakan mereka yang neh at least berasas dan mencerminkan realiti kita yang tinggal di Malaysia.

Baca bawah ;

Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini Jumaat.

Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam.

Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.

Wanita itu antara empat individu yang dicari polis berhubung kes itu.

- Bernama