Menjual Shisha Akan Kekal Haram Di Melaka.
Rokok, dadah, ganja, arak neh seme jenis2 benda yang boleh bawa penyakit dalam tubuh badan manusia.
Aku tak sure bab shisha. Tapi menurut exco kesihatan negeri melaka dia sebut ;
Kerajaan kekal mengharamkan penjualan shisha di negeri ini bagi mengelak gejala penagihan terutama di kalangan remaja.Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, untuk itu kerajaan negeri akan memperhebatkan lagi gerakan membanteras penyediaan shisha di tempat awam.Katanya, pendirian tegas yang ditetapkan itu adalah selari dengan pengisytiharan ‘Melaka Bebas Asap Rokok’ bermula 11 April 2011 bagi melindungi orang awam daripada ancaman pendedahan asap basi.
“Kita tetap tidak membenarkan mana-mana restoran dan kedai makan di seluruh negeri ini menyediakan shisha bagi menarik ramai pelanggan terutama golongan muda.
“Laporan Agensi Antitembakau Perancis (OFT) menerusi penyelidikan sebuah makmal kebangsaannya sebelum ini mengesahkan shisha turut melepaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jom Berjalan 10,000 Langkah dan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat negeri di sini, semalam.
Pada program itu, lebih 1,000 pengunjung termasuk pelancong asing turut menyertai acara Jom Berjalan 10,000 Langkah melalui persisir Sungai Melaka.
Menurut Ab Rahaman, sambutan Hari Tanpa Tembakau dengan tema ‘Bukalah mata, jangan jadi mangsa’ itu mengajak masyarakat untuk berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pengaruh syarikat rokok.
Beliau berkata, walaupun terdapat rungutan sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menjalankan operasi merampas peralatan itu, usaha membanteras terus dilaksanakan.
Katanya, pengharaman penggunaan shisha sebelum ini sudah diputuskan kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco pada Julai 2009.
“Kita memandang serius perkara ini dan akan memberi amaran keras kepada pengusaha restoran yang tetap berdegil dan tidak teragak-agak merampas semua peralatan shisha.
“Ini kerana shisha boleh disalah guna dalam tempoh jangka masa panjang dengan meletakkan campuran dadah atau bahan lain yang boleh memabukkan dan memudaratkan kesihatan,” katanya.
Sehingga kini belum ada undang-undang khusus mengenai shisha dan pengusaha shisha yang didapati bersalah boleh dikenakan kompaun RM500 mengikut kesalahan di bawah Seksyen 46 (1) Akta 133 Parit dan Jalan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana perniagaan menghalang kaki lima.
Menghisap shisha juga dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok sementara asap yang dihasilkan menjadi antara sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.
Kalau gitu, haramkan penjualan rokok sekali la. Pasal rokok pun boleh menyebabkan pencemaran udara. Bukan itu sahaja, bahkan antara faktor utama penyebab penyakit2 seperti kanser, jantung dan kerosakkan hati serta ginjal.
Kenapa rokok tak diharamkan penjualan nya? Adakah kerana cukai? Owhh... kalau shisha dikenakan cukai agaknya penjualan shisha pun akan dibiarkan dengan syarat berlesen kot.. ye tak?
Hehehhe