Najib Dedah Isu Perjanjian Dengan Anwar Ibrahim..
Najib tembak Anwar dalam wawancara bersama media Indonesia.. Najib akui perjanjian itu ada, tetapi tiada pertemuan dua hala dengan Anwar.
Kalau dibaca wawancara neh secara keseluruhan, perjanjian itu ada. Wujud. Cuma yang tidak wujud ialah pertemuan. Pertemuan secara tertutup antara Najib dan Anwar. Yang jadi kontroversi bukan pada perjanjian sulit.
Tapi pada pertemuan sulit. Perjanjian tersebut kalau kita perhalusi betul2 memang ada tujuan yang baik. Ia adalah satu bentuk persefahaman bagi kedua2 belah pihak untuk menghormati apa jua keputusan yang akan lahir dari PRU ke 13 ketika itu.
Najib juga akui bahawa perjanjian tersebut adalah idea dari DSAI dan Najib tak sign pun apa2 agreement dengan DSAI meskipun dia komited kepada perjanjian [verbal].
Kat sini jek dia nak bagitau yang DSAI yang beria2 ajak mematuhi apa jua keputusan PRU.. kalah atau menang.. dan dia juga nak bagitau kepada public yang DSAI berbohong bila dia kata idea untuk jadi pengantara tue ialah idea dari Jusuf Kalla..
Baca bawah ;
DI bawah adalah petikan temuramah Najib dengan Tempo semasa lawatan peribadinya di Jakarta.
Apakah iklim politik Malaysia terlalu panas sehingga anda perlu bermain golf di Jakarta?
Saya masih belum berehat selepas pilihan raya. Secara kebetulan, isteri saya mempunyai acara untuk dihadirinya, jadi saya dapat datang bersama dan bermain golf, bertemu rakan-rakan lama dan memerhatikan bagaimana pembangunan telah berlaku. Hubungan dengan Indonesia penting dan banyak isu boleh diselesaikan secara tidak formal.
Apakah itu sebabnya anda bertemu Jusuf Kalla? Dilaporkan anda berdua main golf di Halim.
Semasa saya memegang jawatan timbalan perdana menteri, Jusuf Kalla adalah naib presiden. Kami rakan sejawatan dan mempunyai latarbelakang sama. Dia Bugis dan saya Bugis. Isteri kami kedua-dua Minang (berasal dari Sumatera Barat). Sepanjang banyak lawatan, kebanyakannya secara tidak rasmi, kami berkomunikasi. Kali ini kami main golf bersama.
Bukankah Jusuf Kalla cuba menjadi pengantara diantara anda dan Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim yang meminta Kalla menjadi pengantara.
Apakah syarat kepada perjanjian ini?
Pertama, keputusan pilihan raya mesti diterima. Anwar Ibrahim sudah menandatangani surat komitmen di hadapan Kalla. Tetapi setakat ini, Anwar masih belum menerima keputusan pilihan raya secara rasmi.
Kami dengar anda enggan menandatangani surat itu.
Sebagai presiden parti (Umno), saya perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin parti sebelum saya menandatanganinya. Prosesnya panjang, tetapi saya kekal komited [kepada perjanjian]. Pada ketika itu Pak Jusuf Kalla kata, sebagai seorang Bugis, kita harus mempunyai integriti. Kata-kata kita adalah janji. Itu adalah prinsip orang Bugis.
Apakah ini bermaksud anda masih mahukan perdamaian?
Mereka mesti terlebih dahulu menerima keputusan pilihan raya. Itu adalah keutamaan perjanjian dan Anwar sendiri telah tandatangan. Kita terus memerhatikan perkembangannya.