t>

Breaking News

PERLIS Haramkan Shisha, Persoalkan Amalan Menjual Tahlil.


Aku dah baca banyak laporan. Khususnya yang ditulis oleh pakar kesihatan. Mereka banyak kali menyebut bahawa mudarat shisha lebih teruk berbanding rokok meskipun tak dinafikan kedua2 memang membawa mudarat yang besar kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Sebab tue makin lama aku rasa mungkin ada kewajaran yang jelas untuk pihak2 tertentu bertindak mengeluarkan fatwa dan larangan yang jelas berhubung shisha.

Tapi kan macam aku sebut banyak kali.. baik shisha mahupun rokok tak guna der kalau kita beria2 buat fatwa bagai kalau akhirnya kerajaan mengenakan cukai untuk menghalalkan penjualan product tersebut.

Kita amek contoh mudah. ROKOK. Rokok bukan difatwakan haram ke kat sesetengah negeri? Tapi still ramai yang masih merokok kan? Dan lebih parah kerajaan mengenakan cukai atas penjualan rokok. Adakah hanya hisap rokok je haram? Yang jual dan mengenakan cukai tue pula bagaimana?

Bab shisha pula walaupun ia diharamkan atas faktor kesihatan dan penguatkuasa negeri akan bertindak ikut peruntukkan undang2 di negeri2 yang melarang penjualan shisha tetapi still ia di perlihatkan undang2 yang berat sebelah.

Sepatutnya ulama juga harus menyeru kerajaan agar berhenti menjual rokok. Jangan hanya pinpoint pada rakyat marhaen jek. Mentang2 la rakyat marhaen takde kuasa.

Baca bawah ;
Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di Kangar hari ini, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.

Satu lagi topic menarik yang Dr. Juanda Jaya sentuh ialah bab tahlil. Aku setuju sangat dengan pendapat dia. Meskipun kita memang bersangka baik dengan pihak2 yang buat benda gini tetapi sebenarnya jangan tatau.. ada yang salah gunakan perkara ini untuk kepentingan diri sendiri..

Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.

Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.

"Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa.


-Bernama