t>

Breaking News

Solat Hajat Gagalkan Rancangan Anwar Ibrahim Gulingkan Kerajaan.

Sebelum neh kan mereka bersolat hajat kerana mahu pelihara negara dari ancaman Anwar Ibrahim konon nya.. rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/solat-hajat-untuk-lindungi-negara-dari.html

Sekarang mereka dok sebut2 yang rancangan Anwar gagal dan solat hajat tue berjaya. Perhimpunan yang konon nya akan dihadiri 500k tidak mencapai sasaran apabila hanya 20k je yang hadir untuk berhimpun.

Merujuk kepada paper pro bn le.

Portal news pro pembangkang dan bebas menyebut kehadiran ialah 55k sehingga 80k.


Rancangan jahat pembangkang mengguling kerajaan menerusi perhimpunan haram hari ini sekali lagi digagalkan Allah SWT yang antara lain disumbangkan faktor keberkatan solat hajat yang diadakan hampir di seluruh masjid semalam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sesungguhnya Malaysia bumi bertuah kerana Allah sentiasa menggagalkan cubaan pihak tertentu menghancurkan keamanan demi matlamat politik peribadi.

Katanya, perhimpunan haram di Padang Merbok anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas gagal kerana tidak mendapat sambutan majoriti rakyat sebagaimana diwar-warkan selepas hanya kira-kira 16,000 penyokong pembangkang hadir tanpa menyedari diri telah diperbodohkan.

"Tahniah kepada umat Islam di seluruh negara yang mendengar seruan tokoh agama agar dilakukan solat hajat memohon negara dijauhkan daripada malapetaka yang ingin dibawa Anwar menerusi perhimpunan haram tersebut. Syukur kerana doa kita semua dimakbul Allah.

"Perancangan Anwar jelas gagal kerana ketentuan Allah mengatasi segalanya. Jadi seruan saya kepada Anwar hormatilah keputusan rakyat dan jangan lagi mengheret negara ini ke kancah tidak menentu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -UM-

Kalau betul sekalipun ada rancangan gulingkan kerajaan, bukan la bermaksud ia rancangan jahat. Kerajaan yang ada pada hari neh bukan la kerajaan yang baik. Menggulingkan sesuatu yang zalim, bukan lah benda jahat kan?

Hehe. 

Perhimpunan semalam tidak la seramai seperti perhimpunan2 sebelum nya.. bukan sebab rakyat dah penat atau muak ke apa.. cuma rakyat rasa jika kita terus berhimpun dan berhimpun ia takan membuahkan apa2 hasil.

Sebab tue la mereka mahukan sesuatu yang baru. Contohnya camping. Itulah yang mereka sedang buat sekarang neh. Biar kecik dan sedikit jumlah yang bercamping tetapi momentum untuk berjuang tue ada, kuat. Berbanding berhimpun beribu2, habis dengar ceramah, balik. Buat apa?

BN pula tak takut dah dengan perhimpunan2 neh. Dorang rilex jek. Yang penat kita. Sebab tue la kita kena berfikir cara baru untuk melawan kezaliman pemerintah. Biar mereka tersentak sikit.. baru la gelabah sakan..

Hehe..