t>

Breaking News

Alvin, Vivian Di Hantar Ke Penjara..

Tak dibenarkan untuk ikat jamin. Kedua2 mereka dimaksudkan ke dalam penjara secara berasingan selepas hakim memutuskan untuk tidak memberikan sebarang jaminan dikenakan terhadap kedua2 tertuduh.


Yang menariknya, kedua2 dari mereka tak mengaku BERSALAH pula tue.

Hehe.

Dan akhirnya pendakwaraya memutuskan untuk mendakwa Alvin dan Vivian kes menyebarkan kelucahan terlampau aksi mereka sedang ber-asmara..

BAGUSLAH. Ini la perkara yang aku tunggu2. Sengaja memaparkan kelucahan adalah perbuatan yang tidak boleh dibiarkan. Ia budaya yang tidak sihat. Mereka perlu di ajar sebab keterlaluan sangat.

Baca sedikit petikan berita dari BERNAMA ;
Blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dihantar ke penjara - Alvin ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang - selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka. Mahkamah Sesyen juga telah mengenakan hukuman keras terhadap mereka apabila mereka dinafikan ikat jamin.

Pasangan kontroversi ini pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan terhadap mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julailepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.