Tambang Teksi Naik.
Pengguna teksi nampaknya terpaksa membelanjakan wang lebih apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang menaikkan kadar tambang pengangkutan awam itu.
Mengumumkan perkara itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu bagi membantu pemandu teksi menghadapi kenaikan kos hidup.
Katanya, pemandu teksi kini menanggung kos operasi yang tinggi dan kenaikan tambang dapat membantu mengurangkan beban mereka.
"Dengan ini, saya harap pemandu-pemandu teksi mampu menikmati kualiti hidup lebih baik," katanya selepas menyerahkan 500 lesen individu kepada pemandu teksi di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur.
Dalam sidang media selepas itu, Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar berkata, cadangan menaikkan tambang itu memasuki peringkat terakhir, tetapi enggan mendedahkan jumlah kenaikannya.
Ayat pertama tulis merancang. Di akhir berita tulis dah masuk ke peringkat akhir. Dan jumlah kenaikan tidak mahu didedahkan sekarang. So ini bukan cadangan lagi dah. Confirm habis memang tambang teksi akan naik.
Betul la orang kata. Lepas PRU semua naik.
NAIK NAIK NAIK.
Sapa2 yang naik teksi lepas neh kena la cari alternatif lain pula. Atau kalau tak suka tambang teksi naik, sila keluar dari negara neh. Tak pun jalan kaki ke apa ke.
Hehehe.