t>

Breaking News

Anwar Dilarang Ziarah Pengerusi MyWatch.

Sebentar Tadi DS Anwar Ibrahim Dihalang Dan Tidak Dibenarkan Masuk Melawat Saudara Sanjeevan Yang Ditembak Kelmarin Oleh OCPD Kajang Dengan Alasan Hanya Ahli Keluarga Terdekat Sahaja Dibenarkan Melawat Di Hospital Serdang, Walaupun Seminggu Sebelum Saudara Sanjeevan Ditembak Beliau Telah Berjumpa DS Anwar Dan YB Rafizi Ramli Dan Mendedahkan Beberapa Perkara Sulit Yang Melibatkan Anggota Polis Dan Sindiket Dadah...




Polis mungkin ada alasan yang tersendiri. Mungkin mereka seboleh2nya nak kurangkan jumlah pelawat yang tidak perlu bagi meminimumkan risiko yang mungkin boleh memudaratkan nyawa Sanjeevan.

Sekarang neh memang nampak macam Sanjeevan dalam bahaya. Ini pendapat aku serba sedikit ;

1. Ada banyak rahsia dalam tangan nya.

2. Dia juga mengetahui siapa yang dia arahkan untuk menjadi SPY atau pengintip bagi memerhatikan beberapa kes2 sulit.. yang tertentu.

3. Ada spekulasi yang tersebar tembakan ini berpunca dari dia yang tahu terlalu banyak rahsia dan salah laku yang membabitkan PDRM. Termasuk pihak atasan.

4. PDRM bagaimanapun menafikan akan hal tersebut. Tetapi tanpa siasatan. Pelik juga.

5. Di tangan Sanjeevan, dia ada bukti. Bukti tersebut bakal disalurkan kepada Rafizi untuk didedahkan.

6. Bukti tersebut juga akan diberikan kepada PDRM, untuk diambil perhatian.

7. Dalam erti kata lain Sanjeevan mungkin mahu menggunakan semua saluran yang ada bagi menyelesaikan perkara tersebut.

8. Dia bagi bukti kat PDRM dan gunakan pembangkang sebagai agent supaya seimbang. Jika PDRM gagal bertindak atau lambat respon at least dia ada pembangkang untuk terus highlightkan perkara tersebut.

9. Bahkan salah seorang tokey dadah yang juga dipercayai menjadi informer kepada Sanjeevan tampil memberitahu kepada media, dia antara individu yang pernah memberikan rasuah kepada POLIS bagi melindungi perbuatan jenayahnya dalam kes dadah.

Lihat gambar ;


Ini semua mendedahkan salah laku yang melibatkan anggota2 dalam PDRM.. mungkin ada pihak2 yang takut terkantoi mula la mengambil langkah drastik bagi melindungi diri sendiri.

Kita tidak tahu kebenaran nya.

Memang kes neh menjadi perhatian masyarakat. Sama seperti kes tembakan yang berlaku terhadap pengasas AM Bank. Kesemua kes2 tembakan ini sebenarnya mengundang pelbagai persoalan dan spekulasi kepada masyarakat.

PDRM kena cepat2 selesaikan kes2 tembakan di negara ini sebelum masyarakat mula mengesyaki yang bukan2. Untuk rekod, kes tembakan pegawai kastam, kes tembak guru masih lagi belum diselesaikan sampai sekarang,

Masyarakat memerhatikan..