Unsur Syiah Dalam Buku Teks - Fathul Bari.
Baru2 neh media arus perdana memainkan isu syiah dan mengaitkan ia dengan parti pembangkang terutamanya PAS. Rujuk bawah ;
Tidak memilih untuk menafikan mahupun mengiyakan tetapi rata2 rakyat berpendapat adalah lebih molek jika penguatkuasa mendakwa mereka2 yang didapati terbukti menyebarkan fahaman syiah di negara ini. Jangan gunakan media sebagai pentas mahkamah bagi meletakkan kesalahan kepada individu dan parti tertentu.
Dalam erti kata lain ;
Jika ada bukti, tangkap dan dakwa ikut proses undang2.
Tak guna masuk tv, masuk paper, mengatakan itu neh tapi bila kita minta bukti? Tiada, masih dalam siasatan. Bila suatu tempoh masa berlalu, tak juga dakwa individu2 yang dinyatakan..
Jadi betul atau tidak mereka terbabit dengan syiah? Cakap beria2 depan tv, pongpang sana sini tapi tak pula buka kertas pendakwaan. Macam mana orang nak yakin dengan sistem keadilan di negara ini. Gunakan media untuk menghukum seseorang tanpa bukti, tidak wajar sama sekali.
Dan macam tak percaya juga bila UFB mendedahkan bahawa kandungan buku teks kita perlu dipinda dan diperbetulkan beberapa fakta bagi selaras dengan akidah ASWJ..
Baca bawah ;
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya tidak menafikan terdapat unsur fahaman Syiah dalam kandungan buku teks pendidikan Islam.
Beliau berkata, simptom tersebut dapat dikenal pasti melalui cerita yang dipaparkan dalam buku teks.
“Antara yang jelas ialah kritikan terhadap Saidina Uthman yang dikatakan gagal memimpin dengan baik. Sedangkan perkataan terhadap sahabat Nabi tidak boleh kasar kerana Baginda melarang kita menghina para sahabat.
“Unsur-unsur ini dipaparkan menerusi cerita. Saya dapati ia masuk sedikit demi sedikit dengan cara tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu, Fathul Bari turut mencadangkan agar modul pengajian pendidikan Islam di sekolah dan universiti dikemas kini.
“Banyak sejarah dan fakta yang perlu diperbetulkan semula. Malah, pengajian mengenai perbezaan kelompok yang menisbahkan diri mereka kepada Islam juga perlu dibuat dengan lebih mendalam lagi.
“Ini penting agar masyarakat dididik sejak sekolah rendah lagi perbezaan Syiah dan Sunni. Dengan penerangan jelas, barulah mereka tidak akan terpengaruh dengan Syiah,” katanya. - SH -
Jika apa yang diperkatakan oleh UFB adalah benar maka rasanya lebih molek jika Jamil Khir pergi siasat dan teliti dulu buku2 teks yang diedarkan oleh kementerian.. atasi dulu pengaruh syiah yang wujud dalam agensi kerajaan baru la atasi pengaruh2 syiah yang luar dari kawalan kerajaan..
Jangan la kerajaan sendiri pun terpengaruh dengan fahaman tersebut tapi sibuk nak bersihkan orang lain pula.. Yang lebih teruk, bukti pun takde, harapkan spekulasi je lebih.
Pftt.