t>

Breaking News

BN Seru PAS Tidak Bertanding DI PRK Kuala Besut, Hormat Bulan Ramadhan.

Apa yang aku baca neh?

Jangan bertanding di PRK sebab ;

1. Hormat bulan ramadhan.

2. Kurangkan berpolitik pada bulan puasa.

3. BN dah menang besar hari tue dan kemungkinan besar akan mengulangi kejayaan yang sama pada PRK kali neh.

4. PAS, terima je la hakikat.

Peh.

Buat apa seru PAS jangan bertanding. Kalau terer sangat, ajar la PAS biar dorang kalah wang deposit.. oke?

Ataupun mungkin BN jek kot yang cuak disebabkan perkara kat bawah neh hah?

Hehe

Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta agar PAS tidak meletakkan calonnya di pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan. 

Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS turut tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Sebenarnya kalau kita lihat, pilihan raya (umum) tak sampai dua bulan. Lebih baik kalau tak payah pilihan raya. Baru-baru ini BN dah menang, berilah pada BN. Tak payah pilihan raya. 

"Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu. Bukan menang sikit. Kalau menang 300 (undi majoriti) tak apa, tapi menang 2,434. 

"Kalau PAS tak bertanding lagi elok. Berilah calon BN menang. Biar kita kurangkan berpolitik selepas pilihan raya besar yang lalu," katanya. 

Idris yang juga ketua Umno bahagian itu berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Dr A Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru, 26 Jun lalu.