Menteri Tunggu Bukti Saintifik Sisha Dan E-Rokok Bahaya.
Ada sesuatu yang tak kena dengan kenyataan Kementerian Kesihatan. Aku baca kat MSTAR tadi.
==> Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, sebuah jawatankuasateknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk DrAbdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kesan dua produk itu terhadapkesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.
"Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok.
Rujukan : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/8/mstar_berita/20130707182951&sec=mstar_beritaApa yang aku faham?
1. Kerajaan sedang cari bukti yang lebih kukuh untuk mengatakan bahawa Shisha dan E-ROKOK berbahaya.
2. Kerajaan juga secara tak langsung gambarkan Shisha lebih bahaya berbanding rokok, namun still rokok + shisha = berbahaya dengan shisha lebih memudaratkan lagi kesan nya ke atas kesihatan tubuh badan manusia.
So kalau dah E-rokok berbahaya, shisha berbahaya, rokok berbahaya, kenapa tidak ko haramkan ketiga2 nya sekaligus? Kenapa hanya e-rokok dan shisha jek? Adakah kerana product tersebut tidak bercukai? Sekurang2nya sudah ada banyak kajian saintifik yang membuktikan bahawa ROKOK = BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN MANUSIA.
Bahkan majlis fatwa kebangsaan juga dah lama mengeluarkan fatwa bahawa MEROKOK = HARAM.
So kenapa tidak sekat rokok yang dah terbukti menjejaskan kesihatan manusia? Kenapa beria2 usik shisha dan e-rokok yang mana kesan nya kepada manusia masih dalam peringkat kajian dan penelitian lanjut?
Aku tak faham la dengan dorang. Kenapa dorang buat tindakan macam neh? Benda yang dah terbukti menjejaskan kesihatan taknak pula haramkan terlebih dahulu. Benda yang belum tertentu, masih dalam peringkat pengesahan beria2 canangkan satu Malaysia perlu diharamkan. Macam bangang jek aku tengok.
Hehe.