Doktor Maki Pesakit Babi, Bodoh.
Kurang ajar punya doktor. Takde kesedaran sivic. Ini bukan cara yang betul untuk melayani karenah pesakit.
“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, dia (doktor itu) tidak patut berkata begitu. Apatah lagi, saya ini orang tua yang dia kena hormat. Jadi, saya minta perkara ini disiasat kerana ia bukan perkara remeh. Ia membabitkan maruah dan kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat,” katanya pada sidang media di Penang Golf Resort, di sini, semalam.
Sidang media itu dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin, bagi menampilkan empat pesakit yang mengaku menerima layanan buruk daripada doktor di hospital kerajaan di negeri ini.
Yang heran nya ;
Katanya, beliau mengetengahkan perkara berkenaan untuk perhatian wakil rakyat serta meminta Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan menyiasat perkara itu sama ada benar atau tidak.
“Beberapa pesakit menemui saya mengadu mengenai perkara ini dan saya mengambil kesempatan mengemukakan perkara ini pada sidang DUN untuk perhatian wakil rakyat, namun mendapat tentangan wakil rakyat pakatan pembangkang,” katanya.
Kenapa PR tidak bersetuju dengan usul tersebut? Sepatutnya kita dapatkan keadilan untuk kesemua pihak yang terlibat. Betul ke ada pesakit kena maki? Macam mana nak siasat kalau usul tak mendapat sambutan?
Benda2 yang babitkan rakyat especially perkhidmatan di hospital kerajaan, approve je la. Sebab memang ramai yang dah komplain macam2 pasal perkhidmatan di sektor awam neh. Macam2. Tak terkata. Tak kira negeri dah. Ini pasal sikap manusia secara peribadi. Dah tak boleh buat apa. Bila emosi tak stabil bawa ke tempat kerja, orang lain plak jadi mangsa.
Jika benar tindakan doktor tersebut yang memaki pesakit hanya kerana mereka tak mematuhi jadual rawatan ia tidak boleh dimaafkan. Sepatutnya kes disiasat. Buat laporan polis, dapatkan nama doktor tersebut dan hantar ke kementerian kesihatan untuk ditanggani. Jika wakil PR tidak mahu ia dibincangkan dalam DUN, buat la ikut cara undang2. Ada atau tiada sokongan PR sekalipun, kes neh wajar disiasat sepatutnya.
Kalau la ada mana2 pesakit yang tidak mematuhi jadual rawatan, nasihat sudah la. Tak perlu sampai maki hamun. Kot2 orang terlupa ke ada hal ke pada hari tersebut, mana nak tahu kan. Bertimbang rasa la sikit. Tahu le ko tue doktor belajar tinggi tapi jangan sampai maki hamun pesakit... Apa la..