Pasangan Lucah Dikat Jamin RM30,000, Dihalang Guna Alat Komunikasi.
Beberapa hari dalam penjara mungkin merupakan satu pengalaman yang berharga bagi pasangan lucah Alvin dan Vivian. Mereka sepatutnya mengambil iktibar dari apa yang berlaku ke atas mereka dengan tidak lagi mengulangi perbuatan mereka yang suka melakukan provokasi murahan di laman sosial untuk mendapatkan kontroversi.
Tengok muka masing2 oke je. Tak pula nampak ada apa2 kecederaan. Baguslah, mereka mendapat layanan baik sepanjang masa di tahan..
Hehe..
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasangan “bak kut teh” yang memprovokasi terhadap Umat Islam semasa bulan Ramadan untuk diikat jamin hari ini.Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.
Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasangan-lucah-dibenar-untuk-ikat-jamin-dihalang-guna-alat-komunikasi