t>

Breaking News

Kerajaan Harus Haramkan Penjualan Rokok Kerana Penyebab Mati Pucuk - PPIM

Phewww...


Merokok selain membahayakan kesihatan tubuh badan masing2 rupanya ianya juga boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah mati pucuk..

Apa pun aku tengok PPIM neh hanya bermimpi di siang hari. Ada ka patut ;

1. PPIM meminta kerajaan haramkan rokok.

2. Maksudnya dia nak kerajaan mengharamkan penjualan rokok.

3. PPIM mengesa kerajaan gazetkan keputusan majlis fatwa kebangsaan yang menetapkan hukum merokok adalah haram.

4. Jika semua majlis fatwa negeri mengambil keputusan yang ditetapkan oleh majlis fatwa kebangsaan dan ia dimaksudkan dalam bidang penguatkuasaan undang2, maka tindakan boleh diambil ke atas sesiapa sahaja yang menjual dan menghisap rokok secara terbuka mahupun tertutup.

5. Ini bermaksud tiada lagi penjualan rokok dibenarkan di Malaysia neh.

Adakah PPIM belum sedar sepenuhnya? Masih mamai? Masih bermimpi? Takanla kerajaan kita nak halang penjualan rokok di Malaysia neh. Cukai tinggi tue beb.

Wakakaka.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ppim-kerajaan-harus-haramkan-rokok-kerana-sebabkan-mati-pucuk
Datuk Dr Maamor Osman menggesa kerajaan mengharamkan rokok sepertimana tindakan terhadap shisha kerana ia menyebabkan pelbagai penyakit termasuk  ‘mati pucuk’.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu, berkata rokok ada lebih 4,000 bahan kimia termasuk 40 daripadanya penyebab kanser.


“Sememangnya ramai mengetahui bahawa rokok penyebab banyak penyakit termasuk mati pucuk.
"Semestinya juga rokok diharamkan kerana mendatangkan mudarat yang jelas,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Dr Maamor berkata, muzakarah pada 1995 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan rokok tetapi tidak mendapat sambutan daripada negeri-negeri apabila tidak digazet.
“Keputusan itu perlu digazetkan bagi memudahkan tindakan diambil,” katanya.