t>

Breaking News

Lagi Kes Anak Di Tinggalkan Dalam Kereta..

Jangan la marah kepada keprihatinan orang ramai dalam isu neh. Mereka belajar dari kes yang terjadi pada arwah adik Nawal. Situasi yang sama mungkin berlaku pada budak tersebut jika ditinggalkan lebih lama.

Walaupun enjin dalam keadaan hidup tapi bahaya tinggalkan anak dalam kenderaan macam tue. Bayangkan jika ada penjenayah yang mengambil kesempatan dalam kes macam neh? Kadang2 perbuatan kita yang lalai menjadi penyebab kenapa kita menjadi mangsa jenayah.

Kenderaan kita bukan tempat paling selamat untuk kita meninggalkan anak kita dengan sengaja. Amek la iktibar dari beberapa kes yang telah berlaku sebelumnya. 


 
Kota Kinabalu: Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah. 

Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci. 


Goyang kereta baru terjaga 

Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya. 

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran. 

Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.