t>

Breaking News

Nasruddin Tantawi Tetap Teruskan Tazkirah Di Pahang.

Bakal imam pertama yang akan dihukum kerana berniat engkar akan larangan terkini Pahang yang mana tazkirah solat terawih dilarang sama sekali atau bersedia dikenakan tindakan oleh JAIP = Jabatan Agama Islam Pahang.


Saya Tetap Teruskan Tazkirah, biarpun ditahan.
1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk aqal malah bertentangan dengan Firman Allah swt : 

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

Surah Azzaariyat : 55

2. Saya tidak faham kenapa EXCO Dakwah Kerajaan negeri Pahang mahu menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata - rata dahagakan ilmu malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang menganjurkan pakej terawih dan tazkirah. Sehinggalan masjid dan surau yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat.

3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerakmajukan oleh EXCO Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.

4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah EXCO Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadhan, restaurant yang dibuka pada siang hari untuk menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa.

5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa saya hadapi justeru ini adalah kerja nabi - nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM