Penapis Rokok Dari Darah Babi.
Perkara tersebut di dedahkan oleh akhbar Metro baru2 neh. Sebenarnya pendedahan ini bukan pendedahan baru. Pada tahun lepas akhbar BH ada mendedahkan perkara yang sama. Kajian yang dijalankan di Belanda mendedahkan bahawa syarikat yang membuat product rokok menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.
Memang betul rokok dah lama difatwakan haram di Malaysia oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Tak dapat dinafikan ia langkah yang tepat. Tapi kalau setakat cakap HARAM dan tiada tindakan susulan untuk membendung perkara itu apa guna nya?
Sama macam arak la kes nya. Memang la ARAK itu HARAM bagi umat Islam di Malaysia tetapi kalau ada sesiapa terkantoi minum arak secara terbuka dan berbangga melakukan ia, apakah ada tindakan susulan?
Takde.
Melayu bebas beli arak kat kedai2 yang jual arak.
Aku beberapa kali terserempak dengan melayu2 macam neh.
Aku salahkan sang pembeli dan sang penjual. Kalau la ada talian khusus untuk mereport hal2 begini memang dah kantoi le tokei2 dan melayu2 tersebut sebab melakukan secara terbuka. Kalau sembunyik2 kita kira mereka takut lagi dengan persepsi negatif dari masyarakat.
Ini kalau dah dibuat secara terbuka, bukan kah itu di anggap mencabar kita?
Dah2. Jangan nak bagi talian jabatan agama ke apa ke. Itu seme tak berguna. Mereka tak bertindak. Setakat terima aduan apa barang. Kalau boleh aku nak kan satu talian khusus, untuk menerima aduan khusus dan bertindak menyiasat.. ada bukti boleh la digunakan untuk menghukum pemilik perniagaan yang menjual arak kepada orang melayu. At least melayu2 dah tak boleh beli arak kat kedai2 runcit lagi dah. Biasa dorang beli arak kat kedai2 runcit neh la.
Bukan lah kita nak jadi masyarakat yang begitu suka menyibuk hal moral orang lain. Tapi kemon la. Kalau ko sendiri prihatin dengan persepsi masyarakat, dari awal lagi korang takan lakukan pembelian arak secara terbuka. Itu satu.
Satu lagi, benda yang dilakukan secara terbuka akan membuatkan kita hilang rasa malu dan mungkin akan mempengaruhi orang lain untuk lakukan perkara yang sama juga. Lama2 sesiapa yang muslim boleh beli arak dengan slumberny.. [sekarang pun dah lebih kurang].
Berbalik kepada kes rokok pula. Sesiapa yang hisap rokok tue cuba fikir2 sama. Kot2 korang terhisap rokok yang mengandungi darah babi ka.. tak ka rasa JIJIK?
Lue fikirla sendiri ek.
Oke bai.