t>

Breaking News

Panas - Rafizi Dedahkan Pembekal Dakwat Kekal Yang Tak Kekal [Mesti Baca]


 
Kantoi.

Apa yang Rafizi sarankan awal2 hari tue SPR patut turutkan aje. Betul juga cakap Rafizi. Lebih baik SPR yang dedahkan dari Rafizi yang dedahkan. Kita takmo nanti timbul persepsi yang buruk. Dah SPR dan menteri beria2 pertahankan sangat, sekarang jangan salahkan Rafizi kalau orang awam membuat pelbagai persepsi sendiri.

Antara point Rafizi ;

1. Pembekal dakwat kekal neh mempunyai no IC yang berasal dari SG.

2. Pembekal dakwat kekal ada hubungan rapat dengan SPR dan beberapa pemimpin kerajaan.

3. Pembekal dakwat kekal diberikan secara rundingan terus, bukan atas tender ataupun penilaian tertentu.

4. Selain dari dakwat kekal, syarikat2 tersebut juga membekalkan topi dan tshirt.

5. Bahkan syarikat2 yang di bawah kendalian Mohammad Salleh juga mendapat pelbagai kontrak2 dan tender2 kerajaan selama neh.

Pfttt.

Geng sendiri rupa2nya. Beria2 selindungi geng sendiri.. ada ka patut?

Baca bawah neh hah ;

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal yang digunakan Suruhanya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Menurut beliau, hasil kajian dan siasatan yang dijalankan oleh pihak beliau berkenaan kontrovesi dakwat kekal itu menemukan Mohamad Salleh Ali sebagai individu yang terlibat dalam membekalkan dakwat tersebut.

Tambah Rafizi, maklumat berkenaan pembekal itu didedahkan oleh orang dalaman SPR sendiri yang menyatakan bahawa individu itu mendapat kontrak membekal melalui rundingan terus.

"Rundingan terus membekalkan barang pilihan raya termasuk baju, topi dan yang paling hebat sekali dakwat kekal.

"Mengikut maklumat dalaman yang diberikan oleh SPR sendiri, kontrak-kontrak telah dirundingkan secara terus dengan syarikat-syarikat yang dikawal terus oleh seorang niagawan yang bernama 671112665021 dan 66 itu nombor kad pengenalan asal dari Singapura," dedah beliau.

Syarikat yang didakwa Rafizi membekalkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 yang lalu ialah Integrated Challenger Sdn Bhd yang turut membekalkan topi dan juga t-shirt di bawah syarikat yang sama.

"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan Mohd Salleh ini yang terlibat dengan rundingan terus ini termasuklah syarikat yang asasnya bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Sebab itu saya minta dulu SPR dedahkan, sebab kalau kita dedahkan dia akan menimbulkan pelbagai persepsi yang tak baik,

"Selain Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd, ada dua lagi syarikat lain di bawah kawalan beliau yang menggunakan nama pekerja beliau termasuklah kerani beliau yang bernama Norsiah Yusuf 731002715026 yang juga ahli pengarah syarikat-syarikat yang dikawal Mohamad Salleh ini," jelas beliau ketika sesi Perbahasan Pembekalan Tambahan Kementerian Keewangan di Dewan Rakyat.

Beliau turut menambah bahawa individu ini merupakan kroni rapat kepada beberapa pemimpin kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.

Ekoran itu, banyak kontrak dan tender yang berjaya dikawal dan diuruskan oleh Mohamad Salleh di bawah beberapa nama syarikat yang lain.

"Syarikat yang dikawal oleh Mohamad Salleh banyak terlibat dengan kontrak-kontrak perbekalan kerajaan, bukan sahaja dakwat kekal malah beliau pernah juga mendapat kontrak terutama dalam kementerian pertahanan melalui syarikatnya satu lagi yang bernama Alson Corporation Sdn Bhd.

"Dakwat dia dapat, pertahanan dia dapat, jumbo trading pun dia dapat, sebabnya dia diberitakan rapat dengan kepimpinan kerajaan termasuklah juga dengan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR," tambahnya lagi.

Beliau menggesa kementerian yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan berhubung pendedahan ini pada sidang penggulungan usul nanti.

Tambah Rafizi, rakyat memerlukan penjelasan ekoran rundingan terus pembekalan dakwat kekal ini yang nyata mahal namun tidak berkualiti.