Anak Meraung Di Tinggalkan Dalam Kereta.
Kita anggap ibu bapa kepada budak tersebut tidak mempunyai akses kepada mana2 media utama di negara neh. Kita juga anggap bahawa ibu bapa kepada budak2 tersebut tidak ada facebook, twitter, handphone dan rakan2 yang bercakap pasal kes budak mati akibat di tinggalkan dalam kereta.
Kita juga akan anggap bahawa ibu bapa kepada budak tersebut tidak ada tv, takde masa layan berita dan tidak memahami betapa pentingnya menjaga keselamatan anak2 dan anak2 tidak boleh ditinggalkan secara bersendirian dalam kereta untuk tempoh yang lama.
Mari la kita paksa diri kita bersangka baik kepada ibu bapa keluarga ini.
Baca bawah ;
Sumber : sini

Julai lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi.
Sumber : sini