t>

Breaking News

Menteri Bidas Dikriminasi Terhadap Warga Afrika.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggesa agar badan pengurusan kondominium tidak tidak menyekat anggota kaum tertentu dari menyewa unit rumah seliaan mereka.

Katanya, tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila".

Tambahnya, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.

"Anda tidak boleh nafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul.

"Jika anda mahu kata sesetengah penyewa bermasalah, jangan kaitkannya dengan latar belakang kaum mereka," katanya.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/239425


Ini bukan diskriminasi. Aku fikir menteri kena fahamkan terlebih dahulu kenapa rakyat Malaysia jadi takut dengan ;

1. Warga Indonesia

2. Warga Afrika

3. Warga India

4. Warga China

5. Warga BANGLADESH. 

6. Warga Philipines

Pendek kata WARGA ASING yang bermaharajalela di negara ini. Aku tak sokong sebarang bentuk diskriminasi terhadap mana2 pihak tak kira la mereka berbangsa apa ataupun beragama apa.

Apa yang berlaku perlu difahami puncanya terlebih dahulu sebelum menyalahkan rakyat sendiri dalam isu neh. Tahu kah bahawa kebanjiran warga asing di negara ini sudah terlalu banyaknya? Adakah kita melarang mereka datang berkerja disini sedangkan rakyat kita ada jek berkerja di negara lain?

TIDAK.

Tetapi biarlah dalam had/jumlah yang terkawal. Tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan warganegara sendiri. Kasihannya mereka. Warga asing yang baik. Datang ke sini mencari rezeki. Kerana di negara mereka sendiri tak boleh hidup. Tak boleh makan. Bahkan akan mati. Kita raikan mereka yang baik. Tetapi sayangnya ada di antara mereka mencari jalan mudah untuk mencari rezeki sehingga menyusahkan rakyat Malaysia. Ini, kita terpaksa tentang. Maaf, ia bukan kerana diskriminasi, tetapi kerana keselamatan masing2 yang hidup di negara ini.

Banyak kejadian jenayah yang melibatkan warga asing di negara ini. Warga afrika kerapkali dikaitkan dengan jenayah dadah. Jadi tak hairan la kenapa sesetengah pemilik rumah bersikap prejudis dan bersikap berjaga2 dalam membenarkan rumah mereka disewa oleh warga afrika.

Jikalau menteri concern, sepatutnya menteri amek tahu dulu kenapa ada sesetengah rakyat malaysia berbuat larangan tersebut. Dan selesaikan ikut penyelesaian yang tidak merugikan mana2 pihak. Ya, tindakan diskriminasi itu tidak patut, tetapi tindakan berjaga2 itu juga tak semestinya salah.

Adalah amat baik jika sebelum mana2 warga asing yang mahu menyewa mana2 rumah mendapatkan surat dari PDRM bahawa mereka ialah pendatang asing yang sah, ada permit yang sah, ada pekerjaan yang sah ataupun datang ke Malaysia atas tujuan yang sah, sebelum bertindak membenarkan mereka menyewa mana2 rumah di Malaysia neh.

Jika PDRM memberikan jaminan bahawa setiap warga asing yang menyewa itu pada asalnya pendatang yang tiada masalah mungkin la ini memberikan sedikit keyakinan kepada penyewa rumah untuk menyewakan rumah mereka.

Jika tidak jangan la disalahkan rakyat yang bersikap ahti2 dalam kes neh. Mereka berhak melindungi harta benda mereka dari pihak2 yang dicurigai akan menimbulkan masalah kepada mereka. Bayangkan jika pendatang asing itu process dadah dalam rumah tersebut, dan kantoi, last2 penyewa rumah juga kena bersoal jawab dengan PDRM apa bagai. Dah menyusahkan orang satu hal.

Walau bagaimanapun, ia bukan tindakan bijak untuk melakukan diskriminasi terhadap mana2 kaum berdasarkan status curiga. Tetapi adalah lebih baik jika kita buat satu undang2/polisi yang mana ia memberikan win2 situasi kepada semua pihak yang terlibat. 

Bagaimana?