t>

Breaking News

Anwar Bidas Jakim Isu Video Kontroversi Beraya Bersama Anjing

Tindakan yang tepat. Mao terasa seorang2 pejuang islam yang berlagak alim tak tentu pasal dalam isu remeh temeh macam neh.

HAHAHAHA.

Kepada yang sakit segala sakit dengan Chetz dan Maznah, anda dinasihatkan juga ;

1. Protes

2. Mengamok

3. Bikin kecoh

4. Konsisten 

Membela kemungkaran2 yang dilakukan oleh VVIP. Kalau setakat nak serang orang berdasarkan idelogi politik dan perjuangan yang karut marut baik tak payah.

Bikin lawak saja. Pegang anjing sekalipun andai kata ia berdosa besar sekalipun ikut pemahaman korang, at least dia berdosa pada Allah je. Tak melibatkan orang lain. Tak mencuri wang rakyat jauh sekali menjadi penyebab kepada permasalahan sosial dan juga peningkatan kepada kadar jenayah di negara ini.

Lain la berjudi, minum arak sampai mabok2 ter-rogol anak orang la, accident la apa la. Sampai menyusahkan orang lain.


Baca kenyataan Anwar kat bawah neh dan lepas tu pergi jadi pejuang islam isu2 begini. Aku nak tengok sejauh mana korang berani melawan berdasarkan kebenaran.

HAHAHAHAHA.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang didakwanya memilih bulu apabila menjadikan kontroversi video seorang jurulatih anjing sebagai isu nasional.

Dalam masa yang sama, ketua umum PKR itu mendakwa, badan itu hanya membiarkan pihak yang terlibat dengan rasuah, judi dan pegangan saham syarikat arak.

"Sepatutnya (jurulatih itu) dipanggil dan beri nasihat supaya dia jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional.

"Orang Islam pegang (saham syarikat) San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Kelmarin Jakim dilapor memutuskan status klip video "1 Hari Di Hari Raya" oleh Maznah Mohd Yusof yang disebarkan di Internet sebagai menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). -Mkini-