Individu Yang Siar The New Village Dalam Youtube, Blog Akan Dicari - Nazri Aziz
Ini kenyataan terkini Menteri Pelancongan mengenai filem kontroversi The New Village. Alasan yang diberikan ialah filem tersebut memaparkan sejarah komunisme dan perjuangan nya di negara ini. Sejarah2 ini dipercayai telah dinafikan dalam pelbagai karya sejarah buku teks yang diterbitkan oleh kerajaan bagi menerapkan fahaman bahawa komunis adalah lebih teruk daripada British = penjajah dan Jepun = penjajah.
Akan tetapi bukan semua rakyat Malaysia cenderung menerima satu2 perkara tue bulat2 tanpa berfikir. Disebabkan ada yang berfikir la maka wujudkan tanda tanya akan beberapa perkara. Contohnya, sejak bila UMNO wujud? Adakah UMNO wujud semasa Jepun menjajah negara? Ketika Jepun menjajah, siapa sebenarnya yang berjuang ketika itu? Pada awal penjajahan British, ramai tokoh2 pejuang terbunuh, apakah tidak keras tindakan British terhadap mereka? Sampai ada yang mati di gantung dan aibkan mayatnya..
Selepas Jepun meninggal Tanah Malaya, British kembali menjajah negara. Apakah semangat nasioalisme hanya bermaksud menentang penjajahan dari Jepun tetapi bukan dari British?
Itu belum masuk lagi persoalan2 apakah status mereka2 yang bekerja dengan British dan mengheret pejuang2 kemerdekaan ke penjara untuk dihukum. Ini antara yang bermain2 di fikiran sesetengah rakyat. Kita mahukan jawapan. Sebab itu kita tanya. Bagi mereka2 yang bertanya jika tidak diberikan jawapan sebaliknya kecaman dan marah, itu bukan respon yang betul. Kalau ada jawapan, jawab la. Kalau takde jawapan, diam2 sudah.
Berikut jawapan Nazri Aziz mengenai The New Village ;
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube. Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia."Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan. "Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.
Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130804/dn_05/The-New-Village-tidak-akan-ditayangkan---Nazri
Gila ah.
Sampai nak tahan/cari orang yang akan siarkan filem tersebut melalui youtube dan blog sekalipun. Apasal takut sangat? Kalau bab filem romen2, peluk2, seksi2 melayu muslim yang buat tue tak pula korang cari atau terjah beria2 ek?
Gila lawak.
Lagi la aku rasa macam nak tengok lepas neh.
Hehe.