t>

Breaking News

Ini Punca Al Baradei Letak Jawatan Dalam Kabinet Mesir.


Menyesal pun tiada gunanya. Yang menyokong kejatuhan Morsi dulu pun ko juga. Kejap berpakat dengan kumpulan sana, kejap berpakat dengan kumpulan sini, berpakat punya berpakat last2 yang menjadi mangsa rakyat juga.

Walaupun pelik dan sedih dalam waktu yang sama, kita dah tak boleh nak buat apa melainkan mendoakan kesejahteraan untuk mereka di sana. Ya, mereka berjuang nak bebaskan diri dari kezaliman. Tetapi lepas satu, satu musibah yang melanda. Ini semua aku tengok sebagai perancangan yang salah akibat sikap segilintir pemimpin yang tamak kuasa dan tidak mahu bertolenrasi dengan sistem yang menekankan keadilan untuk rakyat, lebih mementingkan keuntungan dan menjaga kuasa sendiri.

Haizh.

Susah nak ulas. Sebab di negara ini pun bukanla jauh berbeza dengan keadaan Mesir di sana. Harapkan peperangan jek yang membezakan sana dan sini.

Baca bawah ;

Naib Presiden Mesir Mohammad ElBaradei meletak jawatan pada hari Rabu. Beliau berkata beliau tidak dapat menanggung tanggungjawab terhadap satu keputusan yang tidak dipersetujuinya.

Peletakan jawatan ElBaradei diumum selepas lebih daripada dua ribu, lima ratus orang terbunuh manakala lebih sepuluh ribu cedera parah dalam tindakan keras oleh pasukan keselamatan untuk membersihkan bantahan oleh penyokong Presiden digulingkan Mohammad Mursi.

Baradei berkata "saya tidak dapat memikul tanggung jawab atas keputusan yang tidak persetujui," sambil menambah bahawa "terdapat cara yang lebih aman" untuk menyelesaikan krisis di negara ini.

Tareq Fahmy, Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Kaherah, memberitahu Al Arabiya bahawa peletakan Baradei tidak akan memberi kesan kepada hala tuju politik diumumkan oleh tentera apabila pemimpin Islam yang Mursi digulingkan pada 3 Julai.