Suami Belasah Isteri Di Lif Marah Kerana Anak Enggan Ikut Bersiar-Siar.
Alasan macam hapa.
Kalau budak2 takmo ikut, pujuk la. Apahal pula sampai belasah2 orang dalam lif? Buruk benar tingkah laku begitu. Jarang balik rumah satu hal, kahwin dua satu hal, garang tak tentu pasal satu hal. belasah bini sendiri kat tempat awam satu hal. Lelaki ini memang lelaki yang bermasalah sungguh.
Tapi heran gak aku.
Dalam pada garang2 macam tue, lekat juga dua bini.
HAHAHAHA..
Kalau budak2 takmo ikut, pujuk la. Apahal pula sampai belasah2 orang dalam lif? Buruk benar tingkah laku begitu. Jarang balik rumah satu hal, kahwin dua satu hal, garang tak tentu pasal satu hal. belasah bini sendiri kat tempat awam satu hal. Lelaki ini memang lelaki yang bermasalah sungguh.
Tapi heran gak aku.
Dalam pada garang2 macam tue, lekat juga dua bini.
HAHAHAHA..
Suami di dalam klip video yang dilihat memukul isterinya di dalam lif di hadapan kedua-dua anaknnya marah kerana anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar.Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam di Pulau Pinang berkata, suami memintanya memberi kefahaman kepada anak mereka yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar."Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," kata mangsa dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.Pasangan yang kedua-duanya berusia 36 tahun itu mempunyai tiga anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun.Menceritakan mengenai kejadian itu, wanita itu berkata, suaminya ke hospital untuk menziarahi anak sulung mereka yang sakit demam panas.Katanya, suami memintanya untuk memujuk anak supaya keluar dengannya,tetapi tidak berjaya.“Semasa di dalam lif, dengan tidak semena-mena, dia memukul dan menendang saya tanpa henti dan berkata, ‘jumpa kau di mahkamah syariah’.”Wanita itu mengalami bengkak di kepala, kaki lebam dan sengal akibat ditendang ketika keluar dari lif.Sementara polis sedang mencari lelaki yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Georgetown, Isnin lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mazlan Kesah, berkata suspek berusia 36 tahun itu adalah penjawat awam dan bekerja di Jerantut, Pahang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu."Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita, semalam. – 15 Ogos, 2013.
Untuk melihat rakaman video tersebut, klik sini.