t>

Breaking News

Nak Bunuh Diri Angkara PTPTN.


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkongsi sebuah kisah tragis yang ditemui dalam soalan terbuka kepada responden dalam kaji selidik Keberhutangan PTPTN yang bermula pada 23 Ogos lalu.

“Banyak jawapan yang saya terima, ada yang memberitahu tidak makan kerana mahu membayar pinjaman.

“Ada satu kisah nak bunuh diri kerana gagal membayar PTPTN,” ujar ahli parlimen Pandan itu ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di Perpustakaan MBPJ semalam“Pada mulanya saya gelak. 

Tetapi bila fikir balik, perkara ini sebenarnya serius,” katanya.Menurut Rafizi, respon berkenaan diterima dalam soalan terbuka yang dikemukakan kepada peminjam bagi mengenal pasti apakah punca peminjam gagal membayar pinjaman.

“Kita tidak menyediakan pilihan. Sebab kalau tidak nanti orang ramai anggap kajian ini hanya bertujuan menepati kehendak KEADILAN sahaja,” katanya - KD -