t>

Breaking News

Utusan Kutuk Filem Cina Sebab Dia Sendiri Tak Layan Filem Melayu Yang Boring.


UTUSAN neh memang tak cerdik. Pasangan melayu kena air kencing dia heboh satu dunia. Konon nya filem NAMEWEE racist bagai. Hina melayu. Tapi filem melayu yang pakai seksi dia tak kecoh plak sebagai hina islam. 

Baru2 ini sempena hari raya, astro ada siarkan beberapa filem2 melayu. Antaranya bohsia, jangan pilih jalan hitam. Yeke itu tajuk nya? Ah aku tak ingat. Main balon jek. Tapi filem pasal bohsia. Yang dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal tanah air. Antaranya Nabila, Shamsul Yusoff, Aaron Aziz dan lain2 lagi yang nama dia aku tak ingat.

Haha.

Ada banyak adegan peluk2, pakai seksi apa bagai dalam filem itu. Kalau tengok pada pelakon, eh melayu. Tengok pula pada agama, eh islam. Tengok pula pada pengarah, eh melayu juga. Tengok pula pada agama, eh islam juga. Tengok pula pada negara yang biarkan filem macam tue, eh negara tue majoriti penduduknya melayu. Tengok pula pada agama, eh islam agama penduduk majoriti. Tengok pula pada perlembagaan, eh ada ditulis Islam agama rasmi. 

Hish.

Utusan tak tengok filem orang2 melayu? Kalau tengok mesti UTUSAN ke depan dalam memperjuangkan agenda melayu dan islam kan UTUSAN kan?

Hehe.

Bersepah2 filem melayu macam tue. Dari hari ke hari ada jek filem2 melayu yang menjual seksi, wanita dan adegan2 'lucah' untuk mendapatkan kontroversi murahan bagi melariskan filem2 mereka. Mungkin satu dua adegan tak patut digunakan untuk menilai keseluruhan filem2 tersebut tapi disebabkan satu dua adegan yang berbaur lucah, bukan pula benda  remeh temeh yang boleh dibuat main2.

Jika benar UTUSAN concern bab penghinaan, ada baiknya UTUSAN start focus penghinaan terhadap ISLAM dulu. UTUSAN dan MELAYU2 UMNO seringkali sebut ;

MELAYU ITU ISLAM.
ISLAM ITU MELAYU.

Di bumi MALAYSIA la kan. So ada ke MELAYU/ISLAM = beromen dalam filem TIDAK HINA ISLAM?

Adakah UTUSAN yang bersubahat dalam menerbitkan majalah MANGGA PLAYBOY TIDAK HINA ISLAM?

Antara HINA MELAYU dengan HINA ISLAM yang mana satu membawa mudarat yang lebih besar? 

Pernah ka UTUSAN terfikir, disebabkan kita HINA islam maka pada hari ini MELAYU dihina sebab kita terlebih dahulu MENGABAIKAN TUNTUTAN ALLAH SWT?

Elokla melayu2 semua, pakat2 amek cermin dan telek diri sendiri sebelum menunding kepada bangsa lain. Takan sendiri yang bersubahat dengan segala macam kemungkaran, mempermainkan hukum Allah, cina pula yang kena?

Kalau macam tue syok la jadi melayu kat dunia neh.

Yang buat salah ko, tapi yang kena cina.

Konspirasi melayu di dunia neh ;

Samada syaitan salah, yahudi salah ataupun kafir [cina] yang salah. Mereka tak pernah salah. Kan?

Yang kat bawah neh pula jawapan LPF ;
“Apa yang dihebohkan mengenai adegan itu? Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menterjemahkannya sebagai satu penghinaan kepada Melayu,” kata Pengerusi LPF, Datuk Raja Azhar Abdul Manap dalam temubual dengan The Malaysian Insider.
Edisi mingguan Utusan Malaysia iaitu Mingguan Malaysia, mendakwa adegan itu tidak menghormati masyarakat Melayu.
Ahad lalu, Rosdan Ahmad menulis:”Susah sangatkah hendak membaca agenda Namewee untuk menghina orang Melayu dalam file mini? Menunjukkan orang Melayu terkena air kencing oleh Cina lepas dan tidak dipotong?”
Penulis itu juga mempersoalkan LPF mengapa adegan itu dibenarkan untuk tayangan.
Raja Azhar mengulas,”Air kencing itu secara tidak sengaja terpercik kepada pasangan Melayu itu. Ia satu komedi. Ia menunjukkan sikap pelakon utama dan tingkah laku buruknya. Tidak ada apa-apa yang berbau perkauman mengenainya. Sebab itu kita benarkan adegan itu.

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penghinaan-apa-lpf-faham-filem-namewee-tidak-faham-utusan
 
Untuk UTUSAN aku nak tanya, kalau ada adegan MELAYU TERKENA KENCING ORANG MELAYU kat dalam mana2 filem dan drama, ko nak kata apa? Ada agenda tersembunyik juga ke apa?

MUAHAHAHA..