Filem KRU - Vikingdom Di Kritik Hebat !!!
Maaf.
Aku bukan nak sokong Yusry ke KRU ke apa ke sebab dorang orang Malaysia macam aku. Tapi individu yang kritik filem KRU neh memang tah hapa2. Aku tak boleh terima alasan dia bila dia mengkritik filem tersebut hanya semata2 kerana filem itu memaparkan mitos versi yang berbeza dari apa yang seringkali kita 'dimomokkan'.
Hey.
Inila pembaharuan jalan citer.
Nama pun filem fantasi, sains fiksyen, cerita2 yang tak terbukti, yang dibawa dari versi2 mitos masyarakat dulu kala, apa la nak kecoh sangat?
Kelakar betul la so called PAKAR MITOS tue. Sepatutnya tumpukan la perhatian dengan menilai pembuatan dan kualiti filem itu sendiri. Ko kritik pasal jalan citer mitos sebab ia tak sama dengan jalan citer mitos seperti yang ko selalu dengar? Apa ingat orang nak heran ke bab tue? Kalau dah nama nya mitos, peduli hapa orang.
Sengal.
Pun begitu, aku nampak kesungguhan KRU untuk berusaha menglobalisasikan penglibatan Malaysia dalam filem2 bertaraf antarabangsa. Kesungguhan, usaha dan impian tersebut wajar diberikan kredit. Aku rasa Vikingdom ini cuma la langkah permulaan untuk memperkenalkan KRU di mata dunia. Bila mereka dah stabil kelak, mereka insya-Allah akan mula memberikan penumpuan dengan menerbitkan filem2 yang lebih ber-identitikan Malaysia. Pada aku, aku teringin nak tengok filem2 yang memaparkan sejarah tanah malaya.. kisah2 perang, kisah2 penjajahan, kisah2 sultan yang menipu rakyat.. siyes nak tengok filem2 macam tue.. harap2 akan tercapaila cita2 aku neh.
Hehe..
Pembikin filem tempatan, KRU Studio mendapat maklum balas negatif setelah membelanjakan jutaan ringgit ke atas Vikingdom untuk mendapat perhatian antarabangsa dan memasuki Hollywood.
Malah, pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian menyifatkan kandungan cerita itu menghina dan menyongsang cerita asal mitos berkenaan.
Lebih buruk lagi, Karl EH Seigfried, pengajar Universiti Loyola di Chicago menyamakan karya Yusry KRU - atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim - itu denganInnocence of Muslims yang dikritik seluruh dunia kerana menghina Islam.
"Video itu (Innocence of Muslimm) memutar mesej yang dibawa Nabi Muhammad dan menghina masyarakat Islam seluruh dunia.
"Begitu juga filem tersebut (Vikingdom) telah menukar dan menyongsang peranan Thor," katanya menerusi surat terbuka kepada KRU studio di Facebook.
"Saya berharap anda tidak menghina dan mengembalikan memori ramai pengikut yang telah diseksa dan dibunuh kerana keengganan mereka meninggalkan kepercayaan lama."
Bagi pengikut kepercayaan lama itu, dewa-dewa Scandinavia dimuliakan dan Thor sebenarnya melindungi dunia dewa dan manusia.
KRU Studio sebaliknya didakwa memaparkan dewa Viking itu sebagai penakluk.
"Saya faham bahawa ia semata-mata fantasi dan aksi pengembaraan, disasarkan untuk pasaran yang besar. Bagaimanapun, budaya pop boleh memberikan kenyataan yang serius juga. Apa kenyataan yang mahu kamu buat dengan filem ini? soalnya.
Filem Vikingdom dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal Dominic Purcell dan mula ditayangkan mulai 12 September lalu.
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/241449