t>

Breaking News

Ikhwanul Muslimin Bakal Dibubarkan..


Melampau. Taktik yang digunakan untuk menafikan kewujudan IM memang melampaui batas. Bila tak mampu bendung kebangkitan rakyat mula menggunakan cara keji untuk menafikan kewujudan mereka. Selepas dibubarkan sudah pasti mereka akan diisytiharkan sebagai pertubuhan ataupun organisasi haram ataupun tidak berdaftar.

Perangai firaun pada kerajaan HARAM Mesir melekat zaman berzaman nampaknya.

Macam B$#%$..

Baca bawah ;

Satu panel kehakiman Mesir pada hari Isnin telah mencadangkan pembubaran Ikhwan Muslimin - organisasi politik terbesar Mesir - dan mencadangkan juga ibu pejabatnya ditutup.

Dalam cadangan yang tidak terikat kepada mahkamah pentadbiran Mesir, panel tersebut telah menuduh kononnya Ikhwanul Muslimin beroperasi di luar kerangka undang-undang dan tidak memenuhi matlamat penubuhannya.

Langkah untuk membubarkan Ikhwan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sah adalah cabaran terbaru kepada kumpulan Islam tersebut daripada pihak kerajaan sementara Mesir yang disokong oleh pihak tentera yang telah menggulingkan bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan Julai lalu.

Cadangan untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin dilihat oleh beberapa pemerhati politik sebagai cubaan untuk menyekat pertubuhan berkenaan daripada bertanding di dalam pilihanraya baru Mesir dan untuk mempastikan kemenangan golongan sekular di dalam pilihanraya tersebut nanti setelah mengheret Morsi ke pengadilan selepas penggulingannya.

Pada hari Ahad lepas, media kerajaan melaporkan bahawa Morsi, yang berada di dalam tahanan, akan dibicarakan bersama-sama dengan 14 lagi suspek di atas tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan. Dakwaan berpunca daripada pertempuran diantara penyokong Ikhwan Morsi dan puak pembangkang di Kaherah akhir tahun lepas. Pihak berkuasa menyatakan tujuh orang terbunuh dalam keganasan tersebut.

Ikhwan Muslimin 85 tahun telah menjadi barisan hadapan dalam politik Mesir selepas kebangkitan "Arab Spring 2011" yang menyebabkan bekas presiden Hosni Mubarak terlucut dari kuasanya. Pergerakan Islam kemudiannya menubuhkan parti politik dan memenangi majoriti kerusi di Parlimen. 

Morsi bertanding untuk kerusi Presiden di atas tiket Ikhanul Muslimin dan dan telah berjaya menjadi presiden pertama negara Mesir yang dipilih secara demokrasi pada Jun 2012. Tetapi pihak yang menentangnya telah mencetuskan huru-hara dan penentangan besar-besaran apabila beliau berusaha untuk mengukuhkan kuasanya.

Sumber :  http://greenboc.blogspot.com/2013/09/mesir-berusaha-untuk-bubarkan-ikhwanul.html