t>

Breaking News

Guru Bakal Dapat Pembantu Pentadbiran? Tahniah !!!


Perkara ini di umumkan oleh Muhyiddin Yasin yang juga memegang portfolio Menteri Pendidikan. Jika ia dilaksanakan ini bermaksud beban guru2 akan berkurangan dan sekaligus akan membantu pihak guru memberikan lebih tumpuan terhadap proses pengajaran pelajar di sekolah.

Baik. Cadangan ini baik untuk pihak guru dan pelajar. Bahkan ia juga meningkatkan peluang pekerjaan. Ia sepatutnya sudah lama dilaksanakan sejak guru2 mengeluh bahawa beban kerja mereka bertambah sehingga menganggu tugas utama mereka, iaitu mengajar. 

Murid2 tahun 1 sampai tahun 6 berbeza dari pelajar2 tingkatan satu sampai enam. Begitu juga dengan mereka2 yang berada di kolej ataupun universiti. Peringkat usia yang berbeza memerlukan kaedah pengajaran yang berbeza. Mohon jangan di kutuk cikgu2 ini hanya kerana mereka meminta tenaga tambahan bagi menguruskan kerja2 pentadbiran.

Akhirnya, ada juga sesuatu yang 'betul' keluar dari seorang menteri di Malaysia. Dah lama tunggu kot untuk mereka laksanakan perkara neh di Malaysia. Bahkan saranan 'home teacher', guru2 yang menguruskan perihal peribadi murid2 yang terjejas dari segi emosi, masalah peribadi dan mempunyai kelakuan buruk juga amat di alu2kan untuk dilaksanakan di sekolah. Kita boleh tiru konsep yang diamalkan oleh negara Korea dalam perkara neh. Bila kita memahami masalah peribadi mereka, kita mungkin boleh membantu mengubah masa depan mereka daripada terjebak dengan perkara2 yang akan merosakkan diri mereka dan menyusahkan masyarakat pada masa akan datang.

Harus di ingat, sikap budak2 zaman sekarang bukan macam budak2 zaman dulu. Lebih mencabar untuk ditanggani. Bahkan ia memerlukan perhatian yang khusus bagi sesetengah kes. Pendapat aku jika kita boleh 'menyelesaikan' mereka sebelum mereka meningkat dewasa dan dari terjebak dengan benda2 yang negatif yang akhirnya memberikan kesan yang buruk kepada persekitaran masyarakat, elokla diselesaikan bermula dari peringkat awal. 

Sebab tue selain dari pembantu pentadbiran, kita juga patut fikirkan 'home teacher' untuk sistem persekolahan masa kini.

Baca petikan berita dari Awani ;

Urusan pentadbiran sekolah akan diambil alih oleh pembantu pentadbiran secara berperingkat bagi mengurangkan bebanan tugas guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sekurang-kurangnya seorang pembantu pentadbiran akan ditempatkan di setiap daripada 10,000 buah sekolah di negara ini secara berperingkat.

"Kita sudah putuskan 10,000 petugas dihantar secara berperingkat supaya beban guru dapat diserahkan kepada petugas baharu ini bagi menguruskan hal berkaitan pentadbiran.

"Soal pengajaran dan pembelajaran itu masih tanggungjawab guru," katanya dalam rancangan 'Soal Jawab' terbitan TV3 malam tadi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata langkah bagi mengurangkan bebanan guru itu terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan dilancarkan Jumaat ini.

Beliau berkata pelan itu adalah hasil gabungan pandangan dari semua kelompok termasuk pelajar, pihak berkepentingan dan kumpulan ekstrim bagi memastikan ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju.