t>

Breaking News

Minyak Naik Tak Memudaratkan Orang Kampung - Ahli Parlimen BN

Rujuk twitter kat bawah neh hah ;


Owhh..

Kalau minyak naik, tak jejaskan orang kampung sebab orang kampung ada yang takde kereta. Dah tue kalau jejaskan orang bandar takpe pula ek?

Ingat minyak tue untuk isi kereta je ke? Motor tak payah? Sampan tak payah?

Aduhai.

Pergi kerja naik bas. Diesel naik. Tambang pun naik. Orang kampung bandar semua terjejas sebab bas pengangkutan awam meskipun tak menyeluruh kat semua tempat.

Pergi kerja naik bot atau sampan. Sekali minyak naik. Dah orang2 kampung yang duduk kat ceruk2 kawasan di pendalaman Sabah dan Sarawak kena tambah perbelanjaan untuk tambang.

Pergi kerja naik kereta atau motor pun sama. Tak kira duduk kampung atau bandar. Sebab harga minyak sama je kat mana2 kawasan pun. Dan orang2 kampung lagi la memerlukan kenderaan sendiri disebabkan faktor pengangkutan awam yang teruk di kawasan mereka berbanding kawasan bandar.

Dia neh betul aku cakap. Sakit otak. Tak faham situasi nak mengulas. 

Betul ke dia neh ahli parlimen hah? Siyes aku tak rasa dia neh MP .. semacam jek cara dia berfikir.

Heheh..

Baca bawah ;

Kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini mencetuskan kekecewaan di alam maya. 

Bagaimana tweet daripada seorang ahli politik dilihat menambah minyak kepada kemarahan itu.

"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta," kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (kanan).

Tidak puas hati dengan perkara itu, beliau terus dihujani kemarahan, antaranya seorang pengguna Twitter dikenali @ayeemin berkata:

"Kereta bukan hanya untuk orang kaya. Hari ini, ia keperluan. Tetapi beristeri dua hanya untuk orang kaya."

Bung sebelum ini mendapat liputan meluas selepas mengambil pelakon Zizie Izette sebagai isteri kedua pada 2010.

Tampil tidak dikenali, alam Twitter turut dihujani dengan pesanan-pesanan berunsur jenaka.

@Panlusi Anwar dipecat pada 2 September (1998). Hari ini (2 September 2013) harga petrol naik 20 sen #salahanwar

@HaziqAbdAziz Kalau kamu tak suka harga petrol, boleh berambus dari Malasia!

@klubkiddkl Jadi berapa kali harga petrol naik sejak pilihan raya umum ke-13? #EndlessPossibilities

@napiez Kini tiba (masa) membalas budi, kita potong subsidi!

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/240046