Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Krisis Mesir.
Sila sebarkan di pelbagai medium mengikut kemampuan masing2.
Terima kasih.
Prihatin Mesir | Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia
"Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434
Kenyataan terbaru yang dikeuarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu :
1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.
2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku.
3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah.
4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas.
sumber : qaradawi.net