t>

Breaking News

Undang2 Malaysia - Bakal Masuk Penjara 10 Tahun Sebab RM1 !!!


RM1 pun nak buka kertas pertuduhan dan dakwa apa bagai. Yang mencuri dan merompak banyak2 macam menteri2 di Malaysia neh HARAM pula nak siasat beria2.

Sengal betul la cara dorang berfikir neh.

Semua yang terlibat sekali la. Kalau aku, kalau betul sekalipun dia mencuri RM1, baik aku pergi masukkan dia kat dalam mana2 kelas kaunseling dan lakukan tarbiah, dakwah, didik supaya dia ubah kelakuan dia. Kita bantu hidup dia. Kita bantu untuk ubah sikap dia. Kita jadikan dia seseorang yang jangan sesekalipun mencuri lagi waima seposen sekalipun. Ada sesuatu yang sakit pada jiwa orang2 kampung neh yang takde rasa belas kasihan pun. So what? Marah sebab kita bekap pencuri? Bukan nak bekap apa bagai. Tapi tengok perincian kes la. Ini citer pasal RM1 kot. Bukan RM berjuta2 macam pak2 menteri tue hah.

Buka kertas siasatan. Buka kertas dakwaan. Bicara dalam mahkamah. Pasal RM1?

Nampak sangat bullshitnya. Jangan sembang kencang bab keadilan. Memang kalau mencuri tetap la mencuri waima RM1 pun. Sapa yang tatau pasal tue? Kami semua tahu. Tapi setiap kes jenayah perlu ada penilaian yang khusus. Ini kerana setiap kes jenayah yang berbeza, mempunyai sebab2 yang berbeza pula. Sebab tue perlu diberikan pemerhatian yang khusus bagaimana kita harus menanggani setiap kes2 tersebut.

Apa pun di Malaysia itu memang tidak akan wujud.

Beria2 sangat pula kertas pendakwaan pasal RM1.00. 

Kalau pasal menteri, usah kata nak dakwa, nak siasat pun belum tentu lagi.

Apa la teruk sangat proses untuk mendapatkan keadilan kat negara ini. Teruk, kejam dan zalim. Inilah undang-undang Malaysia. 



Lihat bawah ;


Seorang buruh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri RM1 duit tabung masjid, Selasa lalu.

Hafizuddin Mohmed@Mohamed, 23, dituduh mencuri duit Masjid Al-Tarbiahislimiah di Wakaf Che Yeh di sini, pada jam 11. 41 malam, 10 September lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Dakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya memberitahu mahkamah duit berkenaan adalah duit kepunyaannya yang mahu didermakan kepada masjid itu.

“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan berhenti untuk solat Isyak. Belum sempat nak derma saya dah kena cekup dengan orang kampung,” katanya.

Majistret yang tersenyum mendengar alasan itu kemudian berkata, kalau begitu ramailah yang hendak sembahyang Isyak ditangkap oleh orang kampung.

Beliau kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Kes bersambung 13 Oktober depan. Jaminan kemudian dijelaskan ibu tertuduh. -SH-