PDRM, JKM, PUSAT ZAKAT DAN MENTERI BACA INI DULU SEBELUM SEMBANG KENCANG.
Baca. Baca sampai habis. Lepas baca share. Share la kat seluruh pelosok Malaysia. Seluruh dunia pun takpe. Bawa citer neh kat setiap balai2 POLIS di Malaysia pun takpe. Bawa citer neh dan bagi kat semua pegawai2 JKM, PUSAT ZAKAT dan setiap menteri2 pun oke.
Baca.
Pagi ini seperti biasa turun dari LRT dan berjalan terus ke ofis. Jam menunjukkan pukul 7:21 pagi ketika itu.
Mahu sampai awal, sudah berhajat mahu uruskan poster ucapan UPSR dari Nisa' Malaysia permintaan dari Dr 'Uyun walaupun sudah terlewat sehari.
Langkah saya terhenti, dengan jantung terasa berdegup kencang apabila terpandang 3 orang kanak-kanak, 2 perempuan bertudung anggaran usia 7-8 tahun, dan seorang bayi sedang tidur nyenyak di atas laluan pejalan kaki.
Saya cepat-cepat masukkan RM5 dalam bekas duit mereka dan berlalu.Di dalam lif, hati saya tidak keruan. Seakan ada suara halus yang mengutuk diri ini kejam dan tidak berperi kemanusiaan membiarkan mereka di situ.
Sesudah "punch" masuk, dan hidupkan laptop, saya turun semula. Mereka masih di situ. Saya cuba hubungi JKM, tapi tidak berangkat.
Kemudian saya cuba telefon 999, diminta pula untuk hubungi balai berdekatan. Dengan bantuan suami, saya berjaya dapatkan nombor telefon Balai Polis Dang
Wangi dan menghubungi mereka.Saya disuruh tunggu sehingga polis datang. Setengah jam berlalu, polis masih tidak kelihatan.
Tiba-tiba seorang dari budak itu bangun. Dia mendukung adik nya dan mengejutkan yang seorang lagi.
Mereka kelihatan sungguh letih dan tidak cukup tidur. Saya cuba menegur tapi mereka hanya berlalu sambil terhuyung hayang berjalan kerana kepenatan.
Ketika itu, ada seorang pakcik teksi mendekati saya. Katanya, budak-budak ini di bawah jagaan gangster. Mereka di arah untuk mengemis dan menjual bunga di kawasan ini.
Walaupun disuruh pulang, mereka akan kembali meneruskan tugas mereka kerana telah diugut. Dan kalau pun polis datang menyelamatkan mereka, seminggu kemudian, mereka pasti akan kembali mengemis di sini. "Ada duit semua jalan!" Begitulah katanya.
Saya tidak pasti apakah benar yang dikatakan. Tetapi sebagai manusia, saya tidak dapat menerima jika kanak-kanak sekecil itu diperlakukan sebegitu rupa.
Saya jadi keliru,
Saya ini sedang tinggal di negara mana?
Bagaimanakah kehidupan 3 kanak-kanak ini dan kawan-kawan mereka selepas ini?
Ya Allah, Kau lindungilah anak-anak kecil tidak berdosa ini. Dan
Kau hancurkan dan gagalkanlah perancangan jahat mereka yang mempergunakan mereka!
Nota : Polis menghubungi saya sejam kemudian mengatakan mereka akan memantau kawasan itu. Saya yang emosi ketika itu, berkata begini "Saya sudah selalu nampak budak mengemis di kawasan ini, apa polis tidak nampak atau buat-buat tidak nampak?". Polis yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Zainal lalu berjanji yang pemantauan akan dilakukan lebih kerap.
Pengajaran yang saya dapat :
1) Jika berdepan kes sebegini, lebih baik telefon polis berdekatan. Walaupun mereka lambat datang, aduan masih diberi perhatian (Grrrr)
2) Di Malaysia ini, wujud golongan belakang tabir yang kaya raya dengan mengerah tenaga kanak-kanak. Tetapi saya sebagai golonga marhaen, tidak pasti siapa yang sebenarnya melindungi golongan-kaya-raya ini.
Golongan ini lah yang dikatakan tidak-makan-saman tapi mereka lupa mereka juga akan mati dan masuk kubur.
3) Sentiasalah bersyukur dan ajar anak-anak kita untuk bersyukur. Daripada ada kan parti hari lahir besar-besaran di rumah, apa kata ada kan parti hari lahir di rumah anak yatim, pahala dapat, anak pun suka ramai kawan. Kita mungkin bahagia, tapi jangan lupakan mereka yang kurang bernasib baik.
4) Berperi kemanusiaan lah. Dalam anggaran 50 orang yang lalu pagi tadi, hanya 2-3 orang saja yang kisah dengan kanak-kanak itu. Kebanyakan orang takut-takut untuk tolong dan tiadk tahu bagaimana mahu menolong. (Termasuklah saya pada mulanya)
Saya kongsikan kisah ini supaya kita sedar hakikat keamanan sebenar di Malaysia ini.
Di zaman penuh penipuan dan kezaliman ini, kita tiada pilihan selain banyakkan doa, banyakkan sedekah sambil sentiasa menjaga diri dan keluarga.
Syarifah Syaheerah 11092013