Malaysia Tidak Akan Putuskan Hubungan Dengan Iran Meskipun Mereka Syiah.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Katanya gesaan yang menyuruh Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran sebagai tidak wajar dan tidak berasas.
Rujuk :
Malaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Republik Islam Iran yang sudah terjalin sekian lama meskipun digesa berbuat demikian oleh beberapa pihak untuk menyekat penyebaran mazhab Syiah di negara ini, kata Datuk Seri Anifah Aman (gambar).Menurut Menteri Luar itu, kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dalam satu seminar di ibu negara baru-baru ini tidak mencerminkan pandangan Malaysia dalam isu tersebut.“Gesaan supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran yang merupakan rakan penting bagi Malaysia adalah tidak wajar serta tidak berasas kerana perkara dibincangkan merupakan isu domestik yang perlu ditangani pihak berkuasa di negara ini," katanya dipetik dari Utusan Malaysia.
Yang sebenarnya aku melihat pendapat dia memang positif. Cadangan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran kerana dia SYIAH bagi aku mengarut.
Dia syiah kat negara dia, lantak le. Kalau warga IRAN datang ke Malaysia dan amal SYIAH lantak dia la juga. Melainkan mereka langgar undang2 negara baru la kita boleh menghukum mereka sewajarnya. Kalau ia berkenaan syarikat pula, sepatutnya kerajaan ketatkan sikit pengawasan tue. Jika syarikat2 tersebut menggunakan dana untuk menukar akidah sunni kepada syiah di Malaysia dakwa la.
Jika ia melibatkan warga negara Malaysia yang muslim, takan tak boleh dakwa dan amek tindakan undang2? Apa pun jika ia melibatkan non muslim ia bukan nya salah pun menurut undang2. Jamil Khir pernah berkata dulu. Ajaran syiah hanya salah jika disebarkan kepada muslim di negara neh. Dia tak pernah sebut pasal non muslim pun.
Rujuk ==> Awal bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran, Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran.
Memang ramai yang berkata. Syiah itu lebih bahaya fahaman nya berbanding yahudi. Sebab mereka boleh memesongkan akidah umat Islam. Syiah ancaman kepada Islam. Tak kena gaya boleh terjerumus dan sebagainya.
Aku tak nafikan bab tue.
Tapi nak tanggani perkara tersebut pada aku perlukan kaedah yang tepat. Instead of memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran yang dah tentu2 lepas putus pun mereka Syiah juga dan silap2 hari bulan warga Malaysia yang berada di Iran mungkin akan diskriminasikan..
Lebih baik tanggani kes yang sedang berlaku kat Malaysia neh hah. Dari sibuk pongpang2 pasal Iran baik tengok berapa ramai rakyat Malaysia yang dah terlibat dengan SYIAH. Cuba tanggani masalah yang sedang berlaku kat depan mata neh dari tengok benda yang jauh2 dan yang rumit bagai tue. Jangan sampai separuh rakyat Malaysia anut SYIAH baru nak menyesal bagai plak.
Hehe..
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-tak-putus-hubungan-dengan-iran-walau-mereka-syiah